Monday, 8 December 2014

Itik Ang

Saya tak tau sapa yang coined the name 'itik ang' kat angsa tapi that's how the northerners call them (at least tu la yang saya rasa).  Teringat nak cerita pasai itik ang sebab dulu-dulu Maktok saya pernah bela di rumah dia. Rumah orang dulu-dulu kan bertiang. So, kat satu section bawah ruang makan di rumah dia, dia buatkan lau (reban) itik ang tu.  Ada 3 besen besaq khas untuk itik ang betina mengeram yang di isi dengan rumput-rumput kering.

Iti-itik ang dia sangat sayang kat dia,  Bila dia masuk nak bagi makan, semua pakat serbu keliling dia. Lepas tu sudu-sudu makanan yang dia bubuh dalam besen makanan.  Masa dia nak bagi makan tu dia akan panggil "ang! ang! maih! maih! ang! maih!" Itik-itik ang dia yang dok ada di luaq lau tu akan lari masuk lau dan makan.

Waktu petang bila dia nak suruh itik-itik ang dia masuk lau balik, dia panggil macam tu jugak.  Meneru (terpa beramai-ramai) depa lari balik.

Tapi jangan harap kita dapat special treatment macam tu dari itik-itik ang dia.  Kalau depa nampak kita, dari jauh lari dah terpa nak sudu kita.  In a way, rumah dia akan selamat especially time malam-malam.  Bila ada orang yang depa tak kenai lalu kot bawah rumah dia, pakat bising habih.  Jadi kami tau ada stranger kat bawah rumah.

The best part was bila dia sembelih angsa dia sekali-sekala untuk hidangan.  Chik pulak pandai masak.  Maka hidangan istimewa di rumah dia ialah lauk angsa.  The best!


 Gambaq ni kredit untuk abang saya. 
Macam tu lah itik-itik ang Maktok - tapi bayang kan sekumpulan dan dok ligan nak sudu kita. Ngeri weh!


Sunday, 7 December 2014

Kucing Gemok

Hari Sabtu saya pi market dengan Encik Husband.  Lepas beli ikan yang serba kemetot saya nampak sekoq kucing yang gemok.  Huish! Geram saya tengok walaupun saya tak minat bela kucing dan tak reti bela kucing.  Saya pun ambik gambaq kucing tu. 

Cina jual ikan tu tanya saya "bakpo tu mek?"

Saya jawab "ni kucing ni gemok sangat. Geram tengok dia".

Cina tu jawab "dah mengandung, gemok la".

Okaaaayyy... Nampak sangat saya tak reti beza kucing gemok dengan kucing mengandung. Patut la sehat semacam ja.  Cina tu gelak la pulak kat saya. Oh vain!


Ni la kucing tu. Dia mengandung, okay. Bukan gemok!  :p


Saturday, 6 December 2014

Roti Pat Sagi

Petang semalam saya keluaq beli junk food - aktiviti yang paling menyeronokkan anak-anak saya.  Selain tu, saya beli la jugak biskut-biskut supaya depa boleh kunyah-kunyah musim cuti ni.  Bila cuti depa lapaq selalu. Antara niskut yang saya ambik ialah biskut cream crackers. Orang utara panggil roti pat sagi (biskut empat segi).  Orang utara ni segala jenis biskut depa (kami) panggil roti.  Tak pa, ni bukan cerita pasai bahasa tapi pasai  nostalgia zaman kecik-kecik.

Saya dibesarkan oleh maktok dan tokwan.  Oleh sebab depa bela saya dari kecik, maka saya panggil depa sama macam mak saya panggil. Maktok saya panggil Mak. Tokwan saya panggil Pak. Lepas Pak pencen dari syarikat bas, dia buka kedai runcit di kampung dengan duit hadiah pencen. Dalam masa yang sama, adik mak saya, Chik, buat laksa untuk jualan petang-petang.

Satu perkara yang saya perasan ialah Pak akan makan laksa dan dia akan pecah-pecahkan roti pat sagi dalam kuah laksa.  Saya pun ikut jugak cara Pak makan laksa.  Memang sedap weh.

Bila saya sambung belajar di luar negara, saya tengok orang barat makan sup dengan crackers (ada yang panggil saltines sebab rasa dia lemak-lemak masin - sedap!).  Ok, saya pun ikut jugak cara depa makan ni. Selalu akan teringat dekat Pak bila makan macam tu.

Balik Malaysia 20 tahun yang lalu, saya teruskan juga makan macam tu.  La ni bila saya berdiet, saya masih amalkan makan sup dengan roti pat sagi tu.  Ada hari masak minestrone, ada hari buat sup ayam (stew ayam), sup daging, shakshuka (sup dari mediterranean) dan lain-lain dan kemarin saya masak sup ikan di rumah.  Bila malam, sup masih ada. Tapi tak mau makan yang berat-berat.  Maka saya pecahkan 2 keping roti pat sagi dalam sup ikan tu. Oh my! Sedap! Lemak-lemak dan masin-masin.  Teringat kat Pak.

Al-fatihah untuk Pak, Mak dan Chik.

Biskut yang saya beli kemarin.  Tak dan nak ambik gambaq hat campur sup tu sebab hanya teringat nak makan ja time tu.  Tak teringat hat lain dah.

Anda ada cerita nostalgia dengan datuk dan nenek anda?

Wednesday, 3 December 2014

Pekan Rabu

Sepanjang zaman dewasa (kawin dan beranak pinak) dan zaman duduk di Kedah dulu, saya rasa ada la sekali dua saya pi Pekan Rabu di Alor Setar.  Saya rasa barang-barang di situ mahai-mahai.  Tambah pulak saya tak reti bargain. Tapi biras saya akan wajib pi situ setiap kali dia balik kampung.  Segala barang dia borong especially makanan tradisional.  Ada jugak la yang saya tumpang ikut pi dengan dia. Tapi setakat pi saja la.  Tak membeli pun.

Cuti Deepavali baru-baru ni balik Kedah, saya pi jugak Pekan Rabu sebab ada kawan yang baru pindah mai Kuantan tak boleh lagi nak adapt dengan bahan-bahan mentah di sini.  Jadi saya pi lah sana beli barang-barang yang dipesan.  Tak banyak pun dia pesan cuma bahan asas untuk dia masak saja.

Sambil-sambil tu saya pun tumpang beli lah kuih-muih tradisional.  Kebetulan saya bawa anak menakan yang pernah kerja di situ sementara nak tunggu keputusan SPM dia 3 tahun lepas dan akan selalu pi kerja part-time setiap kali cuti semester dia.  So, dia bawak la pi kedai yang dia kerja dulu.  Nak kata dapat murah sikit kaaa... saya pun tak pasti sebab saya tak pernah tau harga pasaran. Tapi agak teruja jugak la pi situ.  Rambang mata.  Rasa semua benda nak kena beli bawa balik Kuantan. Macam la di sini tak dak.

Ni, 2 minggu lagi nak balik sana lagi sebelum ayah saya start bagi hint.  Ada jugak geng-geng di ofis ni yang kirim jugak - geng dari utara la ni. Kiriman utama adalah belacan.  No problem.  Buleh haih. 3 ketoi belacan yang abang saya bawa mai sebagai buah tangan dari kampung tahun 2013 dulu masih ada seketoi setengah dalam petiais. Hahaha... vain! Nak masuk tahun 2015 dah ni. Belacan masih utuh dalam petiais.

Anyway, kita akan pi lagi kali ni dan beli kuih muih tradisional yang super sedap tu.


Banyak makanan bergantungan di situ.


Laluan yang celuih untuk sorang saja.  Kalau nak berselisih kena jalan ketam.


Nah haih! Tak sabaq dah ni! Dodol durian tu depa juai panas-panas tiap-tiap hari.  Sedap baq hang!


Dua minggu lepas Mama depa buat chicken pie kat depa.  Mama sendiri kena kata yummeh la ni.
Ni la antara masakan di rumah yang menyebabkan ketoi belacan tu dok jadi ketoi lagi. Hahaha...



Tuesday, 25 November 2014

Musim Bersunat

Cuti hujung tahun ni  ramai la kanak-kanak lelaki yang akan menjadi 'dewasa'. Ada yang dewasa sorang-sorang. Ada yang dewasa beramai-ramai. Ada yang dapat dewasa secara normal. Ada yang terpaksa didewasakan secara tidak sedar. Hahaha.. Ni kes anak-anak yang terlalu takut sampai kena bius keseluruhan bagi pengsan, baru boleh bersunat.

Masa Tareeq nak bersunat dulu pun, macam-macam persediaan yang dibuat.  Book doktor la, set tarikh la, decide nak buat kenduri la dan lain-lain.  Sebelum boleh book doktor atau klinik mana untuk dia disunatkan tu, terpaksa mendapat kebenaran Pakar Perunding Kanak-Kanak (Dr. Teh) di Hospital Alor Setar dulu sebab dia pesakit Leukaemia.  Kebenaran perlu sebab takut jugak blood count dia tak normal.  Tapi doktor kata ok. Lepas tu baru lah cari klinik dan doktor serta buat persiapan lain.

Hari persunatan pun tiba. Saya dan Encik Husband bawa la dia pi klinik tu. Dekat ja dengan rumah dan terkenal selalu buat prosedur berkhatan di Pekan Jitra.  Masuk klinik, ambik nombor giliran dan tunggu.  Ramai juga keluarga lain yang dah ada.  Tak ingat pulak kami dapat nombor berapa.

Lepas sorang, sorang masuk dan keluar ditemani bapa masing-masing.  Saya tengok semuanya cool saja.  Saya harap Tareeq pun cool jugak lah.  Tiba giliran kami, nama Tareeq dipanggil.  Saya pun bawa dia masuk bilik pembedahan kecil.  Doktor dan pembantu dia yang ada dalam bilik tu terkejut. 

Dia tanya, "ayah dia mana?" Kehkehkeh...

Saya jawab, "Ayah dia tak tau pi mana. Kalau dia ada pun dia tak masuk doktor sebab dia takut darah. Silap-silap doktor kena check dia pulak kalau dia pengsan."

Hmmm... doktor dan pembantu dia memang tergelak.  Jadi saya dapat la tengok cara depa jalankan prosedur berkhatan tu. Cucuk la tiga empat tempat kat ari-ari tu. Susah jugak sebab Tareeq asyik menepis ja tangan doktor tu.  Dah la ju, jerit pulak tu. Oh! Penat mama dia! Kemudian tunggu sat bagi ubat bius tu berkesan. Pembantu dia terpaksa pegang tangan Tareeq, saya pulak pegang kaki sebab dia dok tepis jugak.  Kemudian doktor pun start la prosedur tu. Oh! Sungguh seriau saya tengok.  Patut la saya tak jadi doktor. Dia gunting isi tu, kriap kriap kriap. Aiyoooo! Geli telinga. Mama yang trauma.  Tareeq pulak buat menangis pulak daaahhhh... Kami keluar bilik dengan Tareeq mengangis-nangis. Hmm... camna anak-anak orang lain cool ja?

Penjagaan selepas berkhatan pun agak rumit sebab antibodi dia lemah sebab penyakit Leukaemia dia tu.  Jadi Tareeq ambik masa berminggu untuk sembuh.  Setiap hari mama (mama kay! bukan papa) yang cuci luka.  Tak yah cerita la keadaan tu dengan lebih lanjut.  Tu la pengalaman saya yang selalunya dilakukan oleh bapa-bapa.

Hmmm... patut la Tareeq taat kat saya sangat! Kikiki...

Selamat bersunat kepada anak-anak yang akan lalui proses untuk dewasa!  Be cool, kay.






Wednesday, 5 November 2014

Pak Din Gila Dan Pak Abas

Aiyooo! Lamanya tak update blog nih. Sangat laaaa bizinya sejak beberapa minggu dah. Kerja kiri kanan tak menang tangan. Tak pa, hari ni kita cerita pasai Pak Din Gila.

Pak Din ni pun salah sorang driver di syarikat arwah mak mertua saya jugak.  Selalunya dia driver gantian ja sebab dia jaga sekolah. 

Sebelum dia jadi jaga dan driver bas, dia ni askar.  Driver lain cerita dia ni memang baran sikit orangnya.  Tapi dengan kami geng-geng yang dok di ofis dia okay ja.  Tak pernah la nampak kegilaan dia tu.  CUma kena reti tahan telinga la sebab kadang2 bahasa dia sangat la berlapik. 

Depa (driver lain) cerita dia ni askar komando.  Orang kata komando ni ikut kepala depa sendiri ja.  Tapi saya agak musykil sebab dia tak la tinggi or tegap mana pun. Hmm... mungkin sebab dah tua kot.

Pernah sekali dia komplen apa ntah pasai pelanggan yang terkenal super cerewet.  Lepas tu dia cerita dia menjawab balik kat pelanggan tu sampai pelanggan tu terdiam. Saya jawab "Pak Din tak pa la, Pak Din gila".  Sebenarnya saya terlepas cakap.  Nasib baik dia tergelak.  Driver lain pun mula2 tu terdiam jugak, tapi depa pun tak tahan, depa gelak la jugak.  Sebabnya sebelum ni tak dak sapa pun berani kata dia gila di depan dia.  Nasib baik laaaa dia tak sekeh kepala saya.

Lepas beberapa tahun saya jumpa Pak Din balik di tempat kerja baru saya.  Nampaknya Pak Din dah tak gila dah.  Agak calm.  Saya pun tak pernah cerita kat kawan-kawan sekerja tentang Pak Din.  Dia pun baik dengan saya kat tempat baru tu.  Lepas tu saya pun dah pindah negeri pulak.  Dia masih ada lagi di situ.

Mmmm... semua komando ni ala-ala gila ka? Ada sorang lagi ex-komando yang jadi driver di situ jugak. Yang ni garang gila! Nama dia Pak Abas.  Sapa pun tak berani dengan dia walaupun saya menguruskan syarikat tu.  Saya pun cuak jugak dengan dia.  Tapi dia sangat bertanggungjawab dan berdisiplin dengan kerja dia.

Monday, 13 October 2014

Pak 'Ey Plasta

Kalau dalam last entry saya cerita pasai Pak 'Ey Pokok, kali ni pasai Pak 'Ey jugak tapi dengan gelaran 'Plasta'.  Pak 'Ey ni kurus dan kecik. In fact, dia rendah dari saya and saya 5'2". 

Pak 'Ey diberi gelaran Plasta pasai dia suka plasta segala benda. Semua perkakas yang rosak dalam dan luar bas dia kan bubuh selotep - termasuk lah lampu, nombor plet, kusyen terkoyak, handle gear, cermin bas dan lain-lain.  Yang dia tak plasta cuma tayar dan enjin. 

Pak 'Ey ni seorang yang cakap banyak.  Bila masuk ofis, ada saja yang dia cerita, komen, komplen sampai kadang-kadang kami rasa nak plasta mulut dia jugak.

Tapi selain dari tu, dia seorang yang baik hati.  Banyak jugak la yang dia tolong syarikat save duit dengan tindakan dia memelasta segala benda tu.  Dia jugak rajin cari pomen-pomen yang boleh bagi harga yang paling rendah walaupun syarikat dah ada pomen-pomen tersendiri dengan kemudahan kredit up to 3 months.

Apa habag laaa Pak 'Ey la ni?  Saya tinggalkan syarikat tahun 2002. mungkin depa pun dah semakin tua jugak. Teringat jugak kat bini Pak 'Ey.  Orang Kelantan yang sangat lembah lembut bila bercakap.

Saya tutup entry kali ni dengan gambaq-gambar bisnes makanan yang saya baru start 2 minggu lepaih.


Lasagna.  
Yang sebelah kanan tu untuk customers yang tak lalu makan cheese.  So, cover dengan pie crust lah kat depa.  Business is good! Syok pulak.  Dah lama tak kalut main masak-masak sejak tak buka cafe dah ni.


Apple pie.
Hat ni pun permintaan memberangsangkan macam lasagna jugak.  
Lepaih ni lengan gerenti tough macam Serena dan Venus William. Mana tak nya, dok uli pie dough sampai berapa adunan setiap kali buat.  Lenguh la jugak.  Sampai demam pun ada jugak.  Tapi syok.

Ni kalau nak order buleh la.  Tapi area Kuantan ja dan kena mai ambik sendiri.  Kalau nak hantaq, confirm saya tak sempat.

Thursday, 25 September 2014

Pak Ey Pokok

Sebelum saya dengan profesion la ni, saya kerja dengan arwah mak mertua dari tahun 1996 sampai 2002.  Dia terlibat dengan industri pengangkutan dan hospitaliti - ada syarikat bas sekolah, syarikat pelancongan yang khusus buat inbound tour, motel kecik dan tadika (!).  Saya tak terlibat dengan tadika.  Lain-lain tu saya terlibat secara langsung. Oleh sebab jenis syarikat macam tu, maka beliau memiliki banyak bas.  Dan oleh sebab itu juga ramai pemandu bas bekerja dengan dia samada secara fulltime atau part-time.   

Tadi masa drive nak mai kerja saya teringat kat sorang pemandu, nama Ismail.  Kami panggil dia Pak Ey Pokok.  Sebab apa ada gelaran pokok?  Sebab bila bawa bas, dia main hentam saja langgaq dahan-dahan dan ranting-ranting pokok.  Maka banyak kali laaaa cermin depa bas yang retak, pecah dan hancus.  Jenuh dok tukaq cermin pasai dia.  Banyak pulak alasan yang dia bagi dalam usaha tak mau potong gaji.

Pak Ey ni gemuk, pendek sikit dan berkulit gelap.  Bila bercakap nampak gigi dia saja sebab agak gelap. Tapi jangan main-main kay.  Ada student universiti tergila-gilakan dia satu masa dulu.  Dia pun minta kebenaran dari isteri dia nak kawin sorang lagi.  Yang dia terkejut, isteri dia bagi.  Last-last dia tak jadi kawin sebab kesian campur terharu isteri dia bagi dia kawin lagi.  Mungkin isteri dia cemuih kot.  

Nanti saya akan cerita tentang pemandu-pemandu lain dan kerenah depa dalam entry yang lain.  Macam-macam akai yang kami nak kena handle sehinggalah saya bertukar kerja, arwah mak mertua saya meninggal dunia dan syarikat ditutup atau dijual oleh adik ipar yang malas berusaha. Sedih!

Saturday, 6 September 2014

Status Optimistik Kemain!

Awal pagi tadi saya up status dan gambaq kat facebook. 

 Camtu lah ayat saya pagi tadi tu. Kawan-kawan yang komen pun bukan main bersemangat lagi.

Tapi tak dak niat nak goreng pun lagi. Ingat kan nak goreng petang sebab rasa tak larat nak masak hari ni.  Letih pi piknik kat Kijal, Terengganu kemarin.  So dok rasa nak simpan dalam petiais dulu lah (walaupun status kat facebook bajet optimistik habih).

Sekali si Zoey mai dapoq. Dia tanya nak makan apa. Saya jawab ada scrambled egg. Dia tanya lagi "takmau buat yang tu ka?" sambil tunjuk kat buah cempedak tu.

Hmmm... saya tak mau la bagi dia tau saya malaih.  So saya kata kat dia, minyak nak goreng tak cukup, sambil tunjuk botol minyak kat dia. Dia pun pi kat tangga dan jerit "PAPAAAAAAA... Mama kata dia tak boleh goreng cempedak sebab minyak tak cukup. Papa kena pi beli sekarang jugaaak!"

Adus! Ingatkan dia nak pi tengok tv dendiam kat depan. Dia punya bising satu taman boleh dengaq.  Encik husband pun turun dengan wallet dia keluaq pi beli minyak. Hmmm so much for angan-angan nak relax pagi ni.

Goreng jugak la cempedak tu.

Ni lah rupa first batch tadi.

Sekali si Zoey makan seulas saja! Geram dak? Geram dak? Geramnyaaaa.....



Thursday, 4 September 2014

Seronoknya Rasa!

Hari ni rasa happy walaupun cerita file serabut kemarin masih belum diselesaikan sebab tuan punya bizi dengan quizzes untuk students dia.

Masa duduk di Jitra dulu Encik Husband buka cafe - PakMadCafe.  Kami berniaga dari hujung tahun 2005 sampai lah awai tahun 2012 sebelum berpindah mai Pahang atas urusan kerja saya.  Memang happy gila time tu. Letih tak terasa.  Kalut cari barang, kalut masak, kalut buka kedai, kalut lagi bila staf tak mai kerja.  Kalut tapi best.

Sejak pindah mai Pahang ni, kami agak down sebab rutin seharian yang membosankan. Tapi bab jalan-jalan makan angin dari Kelantan ke Johor tu memang paling best la sejak duduk sini.  Pernah nak buka cafe di sini tapi kensel.  Tak dak feel dan hal-hal lain.  So, Encik Husband renovate rumah dan buat recording studio.  Dia pun bizi lah dengan artis pertama dia - Kimie Kamarul.  

Dua minggu lepas saya decided nak masak balik.  Tapi secara kecil-kecilan saja kali ni sebab takut tak menang tangan pulak. Jadi saya masakkan sample Black Pepper Sauce PakMadCafe yang terkenal tu (cewah!) dan edarkan kat kawan-kawan di tempat kerja.  Review sangat memberangsangkan. Last week depa dok start tanya dan last-last depa order lah. Jadi hari ni saya pun bawak pi ofis 6 tub ikut jumlah order.  Petang ni dapat order 4 tub lagi untuk dibawak esok pulak.


 Ni lah rupanya. Satu tub ni boleh serve up to 10 people.
Makan la dengan chicken chop ka, lamb chop ka, fries ka, nugget ka or masak ayam dan buat kuah ka.
Macam-macam lah kalau pandai mereka-reka makanan.
 Oh ya! Kalau simpan dalam freezer, tahan sampai 6 bulan! Saya dah try buat dah.


Ni gambaq cafe di Jitra dulu.  La takdak dah. Dah juai habih sebelum pindah mai Pahang.
Saja bubuh gambaq ni sebab sangat nostalgia.
(p.s: konsep tu tak berapa kena sebab konsep sebenarnya musical cafe - pelanggan boleh main guitar la, ada live show oleh tokey sendiri la, hahaha... pekerja cafe buat show la dan lain-lain)


Ya, saya rasa happy sebab dapat berniaga balik, albeit kecil-kecilan saja. Yang paling penting dapat masak balik,  Dapat bizi-bizi di dapur. Hanya orang yang berniaga saja yang faham perasaan saya. Oh! Seronoknya rasa.


Wednesday, 3 September 2014

Demam Audit

Hari ni terpaksa buat dua entries sebab topik ni sangatlah lawak.  Dari minggu lepas lagi kami kalut laaaa nak ada audit dalaman sebelum audit SIRIM hujung tahun ni.  Audit yang sepatutnya start kemarin di tunda ke hujung bulan ni sebab ada dua kumpulan staf yang keluar berkursus. Jadi mana-mana staf yang belum bersedia atau belum kemaskini boleh la guna peluang ni untuk buat persiapan last minit.

Ada la sorang adik ni mai kat saya taksat. Dia kata nak minta tolong check file dia sebab dia belum kemaskini. Lepas tu sebab saya selalu update semua kerja dan kebetulan saya antara Juruaudit Dalaman di sini. 

"Buleh! Buleh! Tak pa haih. Mai la. Bawak la file mai check satu-satu dengan Kak Nana."

Dia pun balik cubicle dia nak ambik file dia.  Saya pun bawak keluaq file saya nak dijadikan sebagai benchmark lah kunun.

Ni file saya.
 
Saya bubuh la file saya atas meja.  Di depan saya ada lagi satu file sorang pensyarah baru - mentee saya - untuk saya check jugak.  Dok kata nak check dua-dua sekali la, senang sikit.  Kunun-kunun nak kill two birds with one stone lah.  (Kak Nana depa kan buat kerja tertib dan kemaih!)

Dia pun mai la bawak file dia dan duduk depan saya. Tebai file dia saya tengok.  Saya heran jugak la. Once dia bukak file dia, terkejut badak saya!  Tak pernah saya tengok isi file sedemikian rupa.


Masa dia bukak file dia, dia dah tergelak guling-guling dah. Sebabnya mata saya memang terbeliak sebab terkejut!

Saya speechless.  Tak tau nak kata apa.  Ada sorang senior lecturer lalu, tertengok file dia, teruih terkeluag "Astaghfirullahalaziim! Ape kau buat ni Elsa?" Lagi-lagi tuan file tu gelak.  Saya ternganga sebab masih tak tau nak kata apa kat dia.  Tuan file dok pulun gelak lagi. Beberapa kali kak tu beristighfar.  Baru saya boleh gelak.

Hadui! Tak pernah saya encounter rakan sekerja macam ni.  Dia masih dok gelak lagi.  Last-last saya pun tergelak.  Saya check jugak file dia.  Nuuu! Hat awal tahun 2013 nu pun dok ada lagi dalam file dia! Ni sikiiit lagi nak masuk tahun 2015 dah.  Saya rasa kalau file dia ada laci, mungkin saya buleh jumpa mayat jugak. 

So much for demam audit!

Tuesday, 2 September 2014

Bukan Tak Prihatin

Zaman la ni, ramai ibubapa yang ada anak-anak kecik yang sakit.  Macam-macam penyakit Allah bagi kat anak-anak atas pelbagai sebab yang hanya Dia yang tahu.  Ada yang mungkin sebagai kifarah atas kesalahan masa dulu-dulu, ada yang untuk menguji kesabaran, ada untuk melihat sejauh mana tahap usaha kita untuk memulihkan keadaan dan lain-lain.  Bear in mind bahawa Allah tahu setiap tindakan yang kita akan ambil dan setiap keputusan yang kita akan buat.

Tahun pertama berkahwin, kami mendapat anak sulung.  Selepas setahun lebih umurnya, dikejutkan dengan keputusan ujian sum-sum tulang bahawa dia mengidap leukaemia.  Bermula dari saat itu, hospital adalah rumah kedua kami tiga beranak. Tak pernah menyangka kami akan termasuk dalam golongan ibubapa yang dikurniakan anak berpenyakit seserius ini.

Pelbagai usaha dilakukan selama beberapa tahun keluar masuk hospital.  Takrif percutian kami masa itu ialah apabila doktor benarkan kami balik ke rumah untuk beberapa hari. Protokol kimoterapi diikuti dengan sangat taat.  Si anak pula demam panas sepanjang tahun.  Sawan pun beberapa kali.  Dicucuk sana sini untuk diambil darah serta dimasukkan ubat - kedua tangan, kedua kaki, di kedua buku lali, di sendi-sendi di sepanjang tulang belakang.  Beberapa kali mengalami keguguran rambut.  Beberapa kali jugak kami ingat waktu itu yang terakhir kami dengan dia. Tapi sekali pun kami tak pernah menangis.  Redha saja. Yang selalu menangis ialah arwah ayah mertua saya yang menjaga anak dari kecil. Mak dan ayah saya pulak sampai la ni akan masuk menyebelahi anak saya kalau saya marah dia.

Ya, anak saya survived.  Umur dia sekarang 18 tahun.  A bit slow in action and thinking but good with motor skills.  Selalu saya melihat di status rakan-rakan di facebook tentang anak-anak mereka dengan pelbagai jenis penyakit.  Ada juga yang menyarankan untuk share post status untuk kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit jugak seperti autism dan sindrom down sambil menyindir orang-orang yang tidak berbuat demikian sebagai tidak 'care'.  Good for them for caring, though.

Amat jarang lah saya share status-status tersebut.  Been there. Gone through that and more.  Bukan tak prihatin.  Cuma kami dah mangli.





Monday, 1 September 2014

Protes Generasi Z

Zaman kita dulu-dulu, mana kita berani protes kat mak pak kita kan?  Nak mampuih dok buat pandai cakap kat depa.  Jadi apa yang kita buat.  Rasanya kita diam ja.  Habih sangat pun, mungkin tarik muka patblas. (saya tak pasti pasai apa nombor patblas dipilih untuk describe tahap tarik muka).

Saya rasa anak-anak zaman la ni pun lebih kurang kita dulu jugak. Banyak yang diam dari dok buat pandai cakap.  Kalau ada, mungkin sekali sekala ada keluaq jugak dari mulut depa.  Ataupun mungkin sorang dua ja yang agak vocal yang balas balik apa yang kita kata.  Selebihnya? Depa mungkin lepas geram kot fb ka, twitter ka dan lain-lain.

Saya pernah lalui pengalaman anak Generasi Z protes melalui alam maya.  Kita letiaq punya letiaq punya letiaq, last last dia unfriend saya kat facebook. Ni protes la ni. Saya paksa dia send friend request balik la la tu jugak.

Hari ni pulak encik husband bagitau dia tengok anak hat kecik (Tahun Dua) dok tengok youtube video "How To Survive Your Parents".  Hmmm... protes jugak kah? 

Kanan: Nina yang unfriend saya kat facebook
Kiri: Zoey yang tengok video "How To Survive Your Parents"

Hangpa tengok depa macam tak caya ja kan? Percaya lah.

Saturday, 30 August 2014

Filem Hindustan

Sejak dua menjak ni, anak saya minat sungguh tengok filem hindustan.  Saya memang jarang tengok tv.  Saya lebih kalut membaca dan mengadap gajet. 

Saya teringat zaman saya membesar dan bersekolah di awal tahun 80an.  Setiap hari Jumaat mak dan ayah akan tunggu depan tv untuk tengok cerita hindustan.  Masa tu mana ada TV3 apatah lagi ASTRO atau HYPP TV.  Yang ada hanya TV1 dan TV2 (dulu rasanya RTM1 dan RTM2 kot, kalau tak silap la).

Jadi setiap hari Jumaat (di Kedah cuti hujung minggu adalah pada Jumaat dan Sabtu sejak dulu-dulu lagi, tak perlu tukar pi mai pi mai macam negeri lain), mak akan mula masak awai dan masak yang sedap-sedap.  Ayah makan sebelum pi solat Jumaat dan bila balik dari solat Jumaat mak dah siapkan satu lagi juadah. Selalunya mi goreng, bihun goreng atau apa2 lah habuan nak makan depan tv sambil tengok cerita hindustan. Sebelum cerita hindustan start, saya dan kakak akan susun bantal depan tv sebab kami suka tengok sambil tidoq.  Saya pun ada sebab lain nak tengok sambil baring tu.

Cerita hindustan ni dari tahun 50an sampai lah la ni tak pernah berubah plot dia.  Bercinta bagai nak rak, cinta terhalang, darjat berlainan, dua kekasih sedih tahap teruk2, bergaduh dengan penjahat yang nak jugak kat heroin walaupun dia sedaq dia tak hensem, hero menang, makpak heroin insap.  Trajis gila plot dia. 

Tu pun saya pulun tunggu depan tv jugak.  Sebab nak keluaq main di luaq mana boleh.  Pukul tiga, pat petang, tak dak budak dok main di luaq.  Lagipun takut kat keling botoi sebab orang totua dok gempaq kata depa mai nak potong kepala budak-budak nak pi boh kat rel ketapi supaya rel ketapi tu kukuh (punya la tak mau budak-budak merayau, keling botoi dikambinghitamkan).  Part alasan nak bagi rel ketapi kukuh tu pun tak boleh dipercayai dah zaman la ni.

Director filem hindustan ni pandai sungguh buat scene sedih menjadi trajis dan sangat teruk keadaan kesedihan hero, heroin serta makpak hero/heroin yang super miskin tu.  Part sedih tu sampai hero yang ya amat macho pun menangis sampai merah mata.  Banyak sungguh bawang yang depa picit kat mata.  Patut la bombay onion tu sangat memedihkan mata. 

Saya yang dok tengok sambil baring tu pun punya sedih sampai keluaq ayaq hidung. Ni lah sebab utamanya saya suka tengok cerita hindustan sambil baring.  Sebab nak kena kaih ayaq mata dan ayaq hidung tu kat bantal.  Nak lap dengan tangan ofkos la malu kat kakak yang dok baring sebelah saya.  Benci betoi cerita hindustan.  Makanan yang  mak masak harus tak dimakan dah sebab macamana nak bangun dengan mata berayaq tu?

Pernah lepas kahwin, saya tengok CD cerita hindustan sorang-sorang dalam bilik waktu malam.  Encik husband keluaq.  Punya la sedih cerita Hum Dil De Chuke Sanam tu.  Tiba-tiba tengah dok sedih menangis sorang-sorang tu, encik husband balik.  Sungguh potong stim.  Dalam dok sedih tu saya marah dia pasai balik awai sangat malam tu. Kacau saya nak reyau.

Saya pun cuba mengembalikan nostalgia tengok cerita hindustan tu dengan anak-ana kemarink.  Saya buat kek coklat kat depa.  Malas la nak goreng bihun pulak.  Saya yang tengah diet ni pun pulun makan kek tu jugak.  Nasib baik cerita Mangal Pandey tu tak sedih sangat kecuali part dia kena hukum gantung tu.  OK, saya reyau jugak part tu.  Minggu depan tak mau tengok cerita hindustan dah.  Kalau tengok mesti reyau jugak. Vain!


Ni masa baru start.  Kek saja diletak sedemikian rupa sebab nak menunjuk kat rakan FB. :p


Saja nak menunjuk potongan yang besaq sikit.


 Tu lah Mangal Pandey tu - penggerak revolusi ke arah kemerdekaan India.
Selepas 90 tahun kematian dia baru lah India merdeka pada 15 Ogos 1947.
 
Habih saja Mangal Pandey tu, encik husband turun dan tanya ada makanan apa petang-petang ni?  Dia sahih dah tak makan kek manis-manis tu.  Cucoq jagung dan kuah kacang ekspress (kuah kacang buat sendiri you!) ni untuk dia. Saya pun makan jugak walaupun diet atas alasan nak teman suami makan.  Tak pa, kita cheat ja minggu ni.  Next week start balik diet.

Begitulah sejarah saya dan filem hindustan.  Sebab tu saya elak dari tengok filem hindustan.  Pengarah depa jahat sengaja nak bagi saya mengangis dan saya pun jadi lagi teruk kalau tengok.  Tunggu tahun depa pulak la baru tengok.


Thursday, 28 August 2014

Henbeg

Saya memang peminat henbeg (sila abaikan ejaan).  Tanya lah mana-mana orang pompuan, ada ka yang kata tak minat henbeg? Mengarut sungguh kalau ada yang kata tak minat henbeg.  Selain henbeg, ada yang minat baju dan kasut.  Ni pun kerjaminat (Pengarah lama saya suka guna perkataan kerjabuat) orang pompuan jugak lah ni.

Saya rasa jumlah henbeg saya tak la sampai beratus-ratus macam orang lain.  Hanya setakat seratus lebih sikit tu mungkin ada la.  Tapi banyak jugak yang dah rosak, yang buang, yang tak mau, yang lepas beli rasa tak elok, yang anak remaja saya ambik kat dia, yang simpan dalam tong dan cari tak jumpa, yang macam-macam lah alasan bila dah tak mau henbeg tu.

2 tahun lepas saya beli henbeg.  Lepas beli, sekali pun tak pernah guna.  2 minggu lepas saya guna henbeg tu bubuh buku dan nota kerja.  Kiranya jadi beg kerja lah pulak henbeg tu.

Lepas 2 hari bawa henbeg tu ada sorang adik kat ofis tanya, "kenape akak bawa beg besar nye?"


Besaq noooo henbeg ni?
Ni suruh depa ambik gambag pagi tadi sebelum ofis penuh.


Saya jawab kat dia, "kalau hang nak tau, masa aku beli henbeg ni (masa ni dia jerit kata, "hah?!!! henbeg?!!!" - nampak sangat tak seswai jadi henbeg), aku rasa macam Selena Gomez kalau aku bawa pi mai pi mai.  Rasa macam Selena Gomez baru keluaq kapai terbang.  Segak woo..."


Sama kan gaya kami?
(image ambik dari google)


Kih kih kih.  Adik tu pun tergelak sikit.  Mungkin dia rasa tak seswai pulak kalau nak pair dengan Justin Bieber.  Tak pa, kita ada Jai-stin Bieber kat rumah.

Yang penting kita akan terus membeli henbeg - pakai ka dak, belakang kira, kay.

Wednesday, 27 August 2014

Set Rambut

Dulu zaman kecik-kecik, rambut saya panjang. Saya simpan sampai lah umur saya 22 tahun. Masa kecik-kecik dulu mana laaaa reti nak sikat sendiri.  Jadi orang yang ditugaskan untuk sikat rambut panjang saya ialah Tokwan saya - saya dan adik-beradik lain panggil Pak (sebab depa bela kami masa kecik-kecik).  Sebab tu jugak la Maktok saya dipanggil Mak.

Anyway, setiap hari lepas mandi, saya akan pi kat Pak, bawa sikat dan duduk depan dia.  Maktok sibuk di tanah (luar rumah) dengan angsa dia.  Chik (adik Mak) pulak sibuk masak di dapur.  Dia pun sikat la dengan penuh kasih sayang - cucu bongsu kaaannn...

La ni saya la tukang sikat rambut anak bongsu saya - Zoey (bukan nama sebenar).  Macam-macam fesyen yang saya buat. Kilas kot tu. Kilas kot ni.  Dia suka la sangat.  Weekend baru ni saya buat dendan bertingkat-tingkat. Lepas tu ambik gambaq. Dia punya la suka.  Dia siap suruh saya buat tutorial kat youtube. Hui! Kembang tak terkata la ni!


Buat pun kalut-kalut sebab husband dok tunggu nak keluaq.  Ish! Kira hebat jugak la ni. Kalut pun jadi jugak ni.  Kagum sungguh dengan hasil kerastangan saya.


*Sampai hari ni saya masih kagum.  Hahaha...
*Al-fatihah untuk Pak, Mak dan Chik.



Merah

 (ambik dari google)

Merah yang saya maksudkan bukanlah warna merah macam di atas ni. Merah ni ialah gelaran untuk seorang penjual aiskrim masa saya kecik-kecik dulu - tahun 70an. 

Merah ni orang India.  Rasanya dia bukan India Muslim.  Nama betoi dia sapa pun tak tau.  Semua orang panggil dia Merah ja.  Merah ni kurus dan suka tersengih.  Kata lah apa pun kat dia, dia sengih ja.  Dia selalu pakai bandanna di kepala.  Tapi bukan bandanna pesyen zaman la ni.. Yang dia pakai tu cuma saputangan lelaki - saiz besaq - yang dia ikat di kepala.

Aiskrim yang dia jual cuma sekupang ja harga dia. Sangat murah tapi zaman dulu2 bukan senang nak dapat sekupang dari Maktok (saya duduk dengan Maktok sampai lah umur saya enam tahun).  Tapi sebab saya cucu bongsu, Maktok bagi la jugak sekupang tu.

Merah juga amalkan sistem barter.  Sapa-sapa yang ada botol atau kasut getah, boleh la tukar dengan aiskrim dia.  Jadi dia selalu bawa bekas aiskrim di satu tangan dan satu tangan lagi penuh dengan botol dan kasut yang diikat-ikat.  Dia jalan merata kampung.   Mungkin sebab tu jugak la dia kurus.

Aiskrim yang dia jual tu sama dengan aiskrim potong zaman la ni. Yang ada kacang merah tu.  Ada jugak aiskrim oren, jagung, sarsi dan yang warna putih yang saya rasa perisa susu lah kot.  Saya selalu ambik perisa sarsi.  Maktok akan ambik aiskrim bandung yang ada kacang merah tu.  Oh heaven sungguh bila dapat makan aiskrim tu! La ni bila makan aiskrim potong mesti teringat zaman kecik-kecik dulu.

(ambik dari google lagi!)

Macamana Merah sampai ke kampung-kampung kami tu saya tak tau.  Tak pernah teringat nak tanya pun dulu-dulu.  Mungkin naik bas dari pekan kot. 

Maktok cerita kepala Merah tu pernah kena katok dan berlubang, sebab tu dia pakai bandanna tu.  Hmm... rasanya dak kot.  Bila dah totua ni, rasanya tak lojik pulak orang yang kepala berlubang jalan pi mai pi mai merata tengah panas terik.  Jadi motip Maktok cerita tu saya pun tak tau.

Zaman la ni baru saya tau bukan aiskrim tapi sherbet nama yang betoi.  Ni pun pasai pernah kerja kat kitchen zaman dok universiti dulu la. Kena serve sherbet.  Tu yang tau tu.

Hmm... agak-agaknya berapa laaa umor Merah la ni?  Dia hidup lagi ka?  Dari mana asal dia?  Dia ni ada keluarga ka dak?  Semua soalan-soalan tu tak akan terjawab.  Saya masih lagi ingat macamana muka Merah tu.





Tuesday, 26 August 2014

Random Thoughts

Kali ni buat blog khas untuk bercerita ja.  Tengok lah cerita-cerita apa yang terlintas di kepala. Ada cerita zaman kecik-kecik, zaman muda rumaja, zaman lepas menikah kawin dan zaman hampir nak tua ni.  Ada jugak nak bercerita pasai keluarga, kawan-kawan dan alam sekitar. Cewah.  Mampuih kalau kawan-kawan yang baca ni.

Banyak cerita yang nak dijadikan kenangan sebab kalau nak suruh anak2 atau kawan2 tercangak depan kita, depa pun mungkin naik boring jugak.  Encik husband pun mungkin tunggu dengar sebab nak ambik hati ja.  Asyik-asyik nak cerita pasai kita ja.  So, sapa-sapa yang nak tercangak depan komputer baca blog pasai cerita orang, baca la no.

Kalau tak dak benda nak cerita, kita letiaq. Sebab ini kepakaran orang pompuan.  Letiaq guna bahasa dialek negeri sendiri yang paling kaw.  Yang paham, paham lah.  Yang tak paham, cuba lah paham.

Oh ya! Hangpa semua misti nak tau rupa saya macamana kan?  Saja tak mau boh lagi profile picture.  




Ni saya dengan tiga orang anak2 pompuan.  Yang lelaki tak dak dalam gambaq sebab gambaq ni ambik dalam bilik kak saya masa kami balik kampung qitu.  So, geng pompuan saja yang dok melepak di sini.

Okay, nanti esok2 saya mula cerita no.  Dulu-dulu dok cerita dalam fesbuk ja.  Tapi rasanya kawan-kawan dok tekan like pun pasai nak ambik hati kita ja. Hahaha... Sama la macam kita dok tekan like kat status depa. Ada hari tak mau like pun.  Tapi satgi depa kecik hati pulak pasai depa pulun update status depa la, boh gambaq-gambaq depa la. Bukan senang tuuu.  Nak pilih gambaq hat comey-comey, nak pikiaq cerita.  Hui! Mau makan sekerat hari tu.

Makanya kita pun sama la macam kawan-kawan kita.  Elok2 la sedaq sebelum dok koi syok sendiri (orang Pahang kata 'koi' tu saya).

Okay (dua kali okay dah). Bubye!

p/s: Tajuk langsung tak dak kena mengena dengan isi.  Vain!