Aiyooo! Lamanya tak update blog nih. Sangat laaaa bizinya sejak beberapa minggu dah. Kerja kiri kanan tak menang tangan. Tak pa, hari ni kita cerita pasai Pak Din Gila.
Pak Din ni pun salah sorang driver di syarikat arwah mak mertua saya jugak. Selalunya dia driver gantian ja sebab dia jaga sekolah.
Sebelum dia jadi jaga dan driver bas, dia ni askar. Driver lain cerita dia ni memang baran sikit orangnya. Tapi dengan kami geng-geng yang dok di ofis dia okay ja. Tak pernah la nampak kegilaan dia tu. CUma kena reti tahan telinga la sebab kadang2 bahasa dia sangat la berlapik.
Depa (driver lain) cerita dia ni askar komando. Orang kata komando ni ikut kepala depa sendiri ja. Tapi saya agak musykil sebab dia tak la tinggi or tegap mana pun. Hmm... mungkin sebab dah tua kot.
Pernah sekali dia komplen apa ntah pasai pelanggan yang terkenal super cerewet. Lepas tu dia cerita dia menjawab balik kat pelanggan tu sampai pelanggan tu terdiam. Saya jawab "Pak Din tak pa la, Pak Din gila". Sebenarnya saya terlepas cakap. Nasib baik dia tergelak. Driver lain pun mula2 tu terdiam jugak, tapi depa pun tak tahan, depa gelak la jugak. Sebabnya sebelum ni tak dak sapa pun berani kata dia gila di depan dia. Nasib baik laaaa dia tak sekeh kepala saya.
Lepas beberapa tahun saya jumpa Pak Din balik di tempat kerja baru saya. Nampaknya Pak Din dah tak gila dah. Agak calm. Saya pun tak pernah cerita kat kawan-kawan sekerja tentang Pak Din. Dia pun baik dengan saya kat tempat baru tu. Lepas tu saya pun dah pindah negeri pulak. Dia masih ada lagi di situ.
Mmmm... semua komando ni ala-ala gila ka? Ada sorang lagi ex-komando yang jadi driver di situ jugak. Yang ni garang gila! Nama dia Pak Abas. Sapa pun tak berani dengan dia walaupun saya menguruskan syarikat tu. Saya pun cuak jugak dengan dia. Tapi dia sangat bertanggungjawab dan berdisiplin dengan kerja dia.
No comments:
Post a Comment