Tuesday, 25 November 2014

Musim Bersunat

Cuti hujung tahun ni  ramai la kanak-kanak lelaki yang akan menjadi 'dewasa'. Ada yang dewasa sorang-sorang. Ada yang dewasa beramai-ramai. Ada yang dapat dewasa secara normal. Ada yang terpaksa didewasakan secara tidak sedar. Hahaha.. Ni kes anak-anak yang terlalu takut sampai kena bius keseluruhan bagi pengsan, baru boleh bersunat.

Masa Tareeq nak bersunat dulu pun, macam-macam persediaan yang dibuat.  Book doktor la, set tarikh la, decide nak buat kenduri la dan lain-lain.  Sebelum boleh book doktor atau klinik mana untuk dia disunatkan tu, terpaksa mendapat kebenaran Pakar Perunding Kanak-Kanak (Dr. Teh) di Hospital Alor Setar dulu sebab dia pesakit Leukaemia.  Kebenaran perlu sebab takut jugak blood count dia tak normal.  Tapi doktor kata ok. Lepas tu baru lah cari klinik dan doktor serta buat persiapan lain.

Hari persunatan pun tiba. Saya dan Encik Husband bawa la dia pi klinik tu. Dekat ja dengan rumah dan terkenal selalu buat prosedur berkhatan di Pekan Jitra.  Masuk klinik, ambik nombor giliran dan tunggu.  Ramai juga keluarga lain yang dah ada.  Tak ingat pulak kami dapat nombor berapa.

Lepas sorang, sorang masuk dan keluar ditemani bapa masing-masing.  Saya tengok semuanya cool saja.  Saya harap Tareeq pun cool jugak lah.  Tiba giliran kami, nama Tareeq dipanggil.  Saya pun bawa dia masuk bilik pembedahan kecil.  Doktor dan pembantu dia yang ada dalam bilik tu terkejut. 

Dia tanya, "ayah dia mana?" Kehkehkeh...

Saya jawab, "Ayah dia tak tau pi mana. Kalau dia ada pun dia tak masuk doktor sebab dia takut darah. Silap-silap doktor kena check dia pulak kalau dia pengsan."

Hmmm... doktor dan pembantu dia memang tergelak.  Jadi saya dapat la tengok cara depa jalankan prosedur berkhatan tu. Cucuk la tiga empat tempat kat ari-ari tu. Susah jugak sebab Tareeq asyik menepis ja tangan doktor tu.  Dah la ju, jerit pulak tu. Oh! Penat mama dia! Kemudian tunggu sat bagi ubat bius tu berkesan. Pembantu dia terpaksa pegang tangan Tareeq, saya pulak pegang kaki sebab dia dok tepis jugak.  Kemudian doktor pun start la prosedur tu. Oh! Sungguh seriau saya tengok.  Patut la saya tak jadi doktor. Dia gunting isi tu, kriap kriap kriap. Aiyoooo! Geli telinga. Mama yang trauma.  Tareeq pulak buat menangis pulak daaahhhh... Kami keluar bilik dengan Tareeq mengangis-nangis. Hmm... camna anak-anak orang lain cool ja?

Penjagaan selepas berkhatan pun agak rumit sebab antibodi dia lemah sebab penyakit Leukaemia dia tu.  Jadi Tareeq ambik masa berminggu untuk sembuh.  Setiap hari mama (mama kay! bukan papa) yang cuci luka.  Tak yah cerita la keadaan tu dengan lebih lanjut.  Tu la pengalaman saya yang selalunya dilakukan oleh bapa-bapa.

Hmmm... patut la Tareeq taat kat saya sangat! Kikiki...

Selamat bersunat kepada anak-anak yang akan lalui proses untuk dewasa!  Be cool, kay.






No comments:

Post a Comment