Tahun pertama berkahwin, kami mendapat anak sulung. Selepas setahun lebih umurnya, dikejutkan dengan keputusan ujian sum-sum tulang bahawa dia mengidap leukaemia. Bermula dari saat itu, hospital adalah rumah kedua kami tiga beranak. Tak pernah menyangka kami akan termasuk dalam golongan ibubapa yang dikurniakan anak berpenyakit seserius ini.
Pelbagai usaha dilakukan selama beberapa tahun keluar masuk hospital. Takrif percutian kami masa itu ialah apabila doktor benarkan kami balik ke rumah untuk beberapa hari. Protokol kimoterapi diikuti dengan sangat taat. Si anak pula demam panas sepanjang tahun. Sawan pun beberapa kali. Dicucuk sana sini untuk diambil darah serta dimasukkan ubat - kedua tangan, kedua kaki, di kedua buku lali, di sendi-sendi di sepanjang tulang belakang. Beberapa kali mengalami keguguran rambut. Beberapa kali jugak kami ingat waktu itu yang terakhir kami dengan dia. Tapi sekali pun kami tak pernah menangis. Redha saja. Yang selalu menangis ialah arwah ayah mertua saya yang menjaga anak dari kecil. Mak dan ayah saya pulak sampai la ni akan masuk menyebelahi anak saya kalau saya marah dia.
Ya, anak saya survived. Umur dia sekarang 18 tahun. A bit slow in action and thinking but good with motor skills. Selalu saya melihat di status rakan-rakan di facebook tentang anak-anak mereka dengan pelbagai jenis penyakit. Ada juga yang menyarankan untuk share post status untuk kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit jugak seperti autism dan sindrom down sambil menyindir orang-orang yang tidak berbuat demikian sebagai tidak 'care'. Good for them for caring, though.
Amat jarang lah saya share status-status tersebut. Been there. Gone through that and more. Bukan tak prihatin. Cuma kami dah mangli.
No comments:
Post a Comment