Sebelum saya dengan profesion la ni, saya kerja dengan arwah mak mertua dari tahun 1996 sampai 2002. Dia terlibat dengan industri pengangkutan dan hospitaliti - ada syarikat bas sekolah, syarikat pelancongan yang khusus buat inbound tour, motel kecik dan tadika (!). Saya tak terlibat dengan tadika. Lain-lain tu saya terlibat secara langsung. Oleh sebab jenis syarikat macam tu, maka beliau memiliki banyak bas. Dan oleh sebab itu juga ramai pemandu bas bekerja dengan dia samada secara fulltime atau part-time.
Tadi masa drive nak mai kerja saya teringat kat sorang pemandu, nama Ismail. Kami panggil dia Pak Ey Pokok. Sebab apa ada gelaran pokok? Sebab bila bawa bas, dia main hentam saja langgaq dahan-dahan dan ranting-ranting pokok. Maka banyak kali laaaa cermin depa bas yang retak, pecah dan hancus. Jenuh dok tukaq cermin pasai dia. Banyak pulak alasan yang dia bagi dalam usaha tak mau potong gaji.
Pak Ey ni gemuk, pendek sikit dan berkulit gelap. Bila bercakap nampak gigi dia saja sebab agak gelap. Tapi jangan main-main kay. Ada student universiti tergila-gilakan dia satu masa dulu. Dia pun minta kebenaran dari isteri dia nak kawin sorang lagi. Yang dia terkejut, isteri dia bagi. Last-last dia tak jadi kawin sebab kesian campur terharu isteri dia bagi dia kawin lagi. Mungkin isteri dia cemuih kot.
Nanti saya akan cerita tentang pemandu-pemandu lain dan kerenah depa dalam entry yang lain. Macam-macam akai yang kami nak kena handle sehinggalah saya bertukar kerja, arwah mak mertua saya meninggal dunia dan syarikat ditutup atau dijual oleh adik ipar yang malas berusaha. Sedih!
No comments:
Post a Comment