Saturday, 30 August 2014

Filem Hindustan

Sejak dua menjak ni, anak saya minat sungguh tengok filem hindustan.  Saya memang jarang tengok tv.  Saya lebih kalut membaca dan mengadap gajet. 

Saya teringat zaman saya membesar dan bersekolah di awal tahun 80an.  Setiap hari Jumaat mak dan ayah akan tunggu depan tv untuk tengok cerita hindustan.  Masa tu mana ada TV3 apatah lagi ASTRO atau HYPP TV.  Yang ada hanya TV1 dan TV2 (dulu rasanya RTM1 dan RTM2 kot, kalau tak silap la).

Jadi setiap hari Jumaat (di Kedah cuti hujung minggu adalah pada Jumaat dan Sabtu sejak dulu-dulu lagi, tak perlu tukar pi mai pi mai macam negeri lain), mak akan mula masak awai dan masak yang sedap-sedap.  Ayah makan sebelum pi solat Jumaat dan bila balik dari solat Jumaat mak dah siapkan satu lagi juadah. Selalunya mi goreng, bihun goreng atau apa2 lah habuan nak makan depan tv sambil tengok cerita hindustan. Sebelum cerita hindustan start, saya dan kakak akan susun bantal depan tv sebab kami suka tengok sambil tidoq.  Saya pun ada sebab lain nak tengok sambil baring tu.

Cerita hindustan ni dari tahun 50an sampai lah la ni tak pernah berubah plot dia.  Bercinta bagai nak rak, cinta terhalang, darjat berlainan, dua kekasih sedih tahap teruk2, bergaduh dengan penjahat yang nak jugak kat heroin walaupun dia sedaq dia tak hensem, hero menang, makpak heroin insap.  Trajis gila plot dia. 

Tu pun saya pulun tunggu depan tv jugak.  Sebab nak keluaq main di luaq mana boleh.  Pukul tiga, pat petang, tak dak budak dok main di luaq.  Lagipun takut kat keling botoi sebab orang totua dok gempaq kata depa mai nak potong kepala budak-budak nak pi boh kat rel ketapi supaya rel ketapi tu kukuh (punya la tak mau budak-budak merayau, keling botoi dikambinghitamkan).  Part alasan nak bagi rel ketapi kukuh tu pun tak boleh dipercayai dah zaman la ni.

Director filem hindustan ni pandai sungguh buat scene sedih menjadi trajis dan sangat teruk keadaan kesedihan hero, heroin serta makpak hero/heroin yang super miskin tu.  Part sedih tu sampai hero yang ya amat macho pun menangis sampai merah mata.  Banyak sungguh bawang yang depa picit kat mata.  Patut la bombay onion tu sangat memedihkan mata. 

Saya yang dok tengok sambil baring tu pun punya sedih sampai keluaq ayaq hidung. Ni lah sebab utamanya saya suka tengok cerita hindustan sambil baring.  Sebab nak kena kaih ayaq mata dan ayaq hidung tu kat bantal.  Nak lap dengan tangan ofkos la malu kat kakak yang dok baring sebelah saya.  Benci betoi cerita hindustan.  Makanan yang  mak masak harus tak dimakan dah sebab macamana nak bangun dengan mata berayaq tu?

Pernah lepas kahwin, saya tengok CD cerita hindustan sorang-sorang dalam bilik waktu malam.  Encik husband keluaq.  Punya la sedih cerita Hum Dil De Chuke Sanam tu.  Tiba-tiba tengah dok sedih menangis sorang-sorang tu, encik husband balik.  Sungguh potong stim.  Dalam dok sedih tu saya marah dia pasai balik awai sangat malam tu. Kacau saya nak reyau.

Saya pun cuba mengembalikan nostalgia tengok cerita hindustan tu dengan anak-ana kemarink.  Saya buat kek coklat kat depa.  Malas la nak goreng bihun pulak.  Saya yang tengah diet ni pun pulun makan kek tu jugak.  Nasib baik cerita Mangal Pandey tu tak sedih sangat kecuali part dia kena hukum gantung tu.  OK, saya reyau jugak part tu.  Minggu depan tak mau tengok cerita hindustan dah.  Kalau tengok mesti reyau jugak. Vain!


Ni masa baru start.  Kek saja diletak sedemikian rupa sebab nak menunjuk kat rakan FB. :p


Saja nak menunjuk potongan yang besaq sikit.


 Tu lah Mangal Pandey tu - penggerak revolusi ke arah kemerdekaan India.
Selepas 90 tahun kematian dia baru lah India merdeka pada 15 Ogos 1947.
 
Habih saja Mangal Pandey tu, encik husband turun dan tanya ada makanan apa petang-petang ni?  Dia sahih dah tak makan kek manis-manis tu.  Cucoq jagung dan kuah kacang ekspress (kuah kacang buat sendiri you!) ni untuk dia. Saya pun makan jugak walaupun diet atas alasan nak teman suami makan.  Tak pa, kita cheat ja minggu ni.  Next week start balik diet.

Begitulah sejarah saya dan filem hindustan.  Sebab tu saya elak dari tengok filem hindustan.  Pengarah depa jahat sengaja nak bagi saya mengangis dan saya pun jadi lagi teruk kalau tengok.  Tunggu tahun depa pulak la baru tengok.


No comments:

Post a Comment