Wednesday, 27 August 2014

Merah

 (ambik dari google)

Merah yang saya maksudkan bukanlah warna merah macam di atas ni. Merah ni ialah gelaran untuk seorang penjual aiskrim masa saya kecik-kecik dulu - tahun 70an. 

Merah ni orang India.  Rasanya dia bukan India Muslim.  Nama betoi dia sapa pun tak tau.  Semua orang panggil dia Merah ja.  Merah ni kurus dan suka tersengih.  Kata lah apa pun kat dia, dia sengih ja.  Dia selalu pakai bandanna di kepala.  Tapi bukan bandanna pesyen zaman la ni.. Yang dia pakai tu cuma saputangan lelaki - saiz besaq - yang dia ikat di kepala.

Aiskrim yang dia jual cuma sekupang ja harga dia. Sangat murah tapi zaman dulu2 bukan senang nak dapat sekupang dari Maktok (saya duduk dengan Maktok sampai lah umur saya enam tahun).  Tapi sebab saya cucu bongsu, Maktok bagi la jugak sekupang tu.

Merah juga amalkan sistem barter.  Sapa-sapa yang ada botol atau kasut getah, boleh la tukar dengan aiskrim dia.  Jadi dia selalu bawa bekas aiskrim di satu tangan dan satu tangan lagi penuh dengan botol dan kasut yang diikat-ikat.  Dia jalan merata kampung.   Mungkin sebab tu jugak la dia kurus.

Aiskrim yang dia jual tu sama dengan aiskrim potong zaman la ni. Yang ada kacang merah tu.  Ada jugak aiskrim oren, jagung, sarsi dan yang warna putih yang saya rasa perisa susu lah kot.  Saya selalu ambik perisa sarsi.  Maktok akan ambik aiskrim bandung yang ada kacang merah tu.  Oh heaven sungguh bila dapat makan aiskrim tu! La ni bila makan aiskrim potong mesti teringat zaman kecik-kecik dulu.

(ambik dari google lagi!)

Macamana Merah sampai ke kampung-kampung kami tu saya tak tau.  Tak pernah teringat nak tanya pun dulu-dulu.  Mungkin naik bas dari pekan kot. 

Maktok cerita kepala Merah tu pernah kena katok dan berlubang, sebab tu dia pakai bandanna tu.  Hmm... rasanya dak kot.  Bila dah totua ni, rasanya tak lojik pulak orang yang kepala berlubang jalan pi mai pi mai merata tengah panas terik.  Jadi motip Maktok cerita tu saya pun tak tau.

Zaman la ni baru saya tau bukan aiskrim tapi sherbet nama yang betoi.  Ni pun pasai pernah kerja kat kitchen zaman dok universiti dulu la. Kena serve sherbet.  Tu yang tau tu.

Hmm... agak-agaknya berapa laaa umor Merah la ni?  Dia hidup lagi ka?  Dari mana asal dia?  Dia ni ada keluarga ka dak?  Semua soalan-soalan tu tak akan terjawab.  Saya masih lagi ingat macamana muka Merah tu.





No comments:

Post a Comment