Saturday, 6 December 2014

Roti Pat Sagi

Petang semalam saya keluaq beli junk food - aktiviti yang paling menyeronokkan anak-anak saya.  Selain tu, saya beli la jugak biskut-biskut supaya depa boleh kunyah-kunyah musim cuti ni.  Bila cuti depa lapaq selalu. Antara niskut yang saya ambik ialah biskut cream crackers. Orang utara panggil roti pat sagi (biskut empat segi).  Orang utara ni segala jenis biskut depa (kami) panggil roti.  Tak pa, ni bukan cerita pasai bahasa tapi pasai  nostalgia zaman kecik-kecik.

Saya dibesarkan oleh maktok dan tokwan.  Oleh sebab depa bela saya dari kecik, maka saya panggil depa sama macam mak saya panggil. Maktok saya panggil Mak. Tokwan saya panggil Pak. Lepas Pak pencen dari syarikat bas, dia buka kedai runcit di kampung dengan duit hadiah pencen. Dalam masa yang sama, adik mak saya, Chik, buat laksa untuk jualan petang-petang.

Satu perkara yang saya perasan ialah Pak akan makan laksa dan dia akan pecah-pecahkan roti pat sagi dalam kuah laksa.  Saya pun ikut jugak cara Pak makan laksa.  Memang sedap weh.

Bila saya sambung belajar di luar negara, saya tengok orang barat makan sup dengan crackers (ada yang panggil saltines sebab rasa dia lemak-lemak masin - sedap!).  Ok, saya pun ikut jugak cara depa makan ni. Selalu akan teringat dekat Pak bila makan macam tu.

Balik Malaysia 20 tahun yang lalu, saya teruskan juga makan macam tu.  La ni bila saya berdiet, saya masih amalkan makan sup dengan roti pat sagi tu.  Ada hari masak minestrone, ada hari buat sup ayam (stew ayam), sup daging, shakshuka (sup dari mediterranean) dan lain-lain dan kemarin saya masak sup ikan di rumah.  Bila malam, sup masih ada. Tapi tak mau makan yang berat-berat.  Maka saya pecahkan 2 keping roti pat sagi dalam sup ikan tu. Oh my! Sedap! Lemak-lemak dan masin-masin.  Teringat kat Pak.

Al-fatihah untuk Pak, Mak dan Chik.

Biskut yang saya beli kemarin.  Tak dan nak ambik gambaq hat campur sup tu sebab hanya teringat nak makan ja time tu.  Tak teringat hat lain dah.

Anda ada cerita nostalgia dengan datuk dan nenek anda?

No comments:

Post a Comment