Sebelum saya dengan profesion la ni, saya kerja dengan arwah mak mertua dari tahun 1996 sampai 2002. Dia terlibat dengan industri pengangkutan dan hospitaliti - ada syarikat bas sekolah, syarikat pelancongan yang khusus buat inbound tour, motel kecik dan tadika (!). Saya tak terlibat dengan tadika. Lain-lain tu saya terlibat secara langsung. Oleh sebab jenis syarikat macam tu, maka beliau memiliki banyak bas. Dan oleh sebab itu juga ramai pemandu bas bekerja dengan dia samada secara fulltime atau part-time.
Tadi masa drive nak mai kerja saya teringat kat sorang pemandu, nama Ismail. Kami panggil dia Pak Ey Pokok. Sebab apa ada gelaran pokok? Sebab bila bawa bas, dia main hentam saja langgaq dahan-dahan dan ranting-ranting pokok. Maka banyak kali laaaa cermin depa bas yang retak, pecah dan hancus. Jenuh dok tukaq cermin pasai dia. Banyak pulak alasan yang dia bagi dalam usaha tak mau potong gaji.
Pak Ey ni gemuk, pendek sikit dan berkulit gelap. Bila bercakap nampak gigi dia saja sebab agak gelap. Tapi jangan main-main kay. Ada student universiti tergila-gilakan dia satu masa dulu. Dia pun minta kebenaran dari isteri dia nak kawin sorang lagi. Yang dia terkejut, isteri dia bagi. Last-last dia tak jadi kawin sebab kesian campur terharu isteri dia bagi dia kawin lagi. Mungkin isteri dia cemuih kot.
Nanti saya akan cerita tentang pemandu-pemandu lain dan kerenah depa dalam entry yang lain. Macam-macam akai yang kami nak kena handle sehinggalah saya bertukar kerja, arwah mak mertua saya meninggal dunia dan syarikat ditutup atau dijual oleh adik ipar yang malas berusaha. Sedih!
Thursday, 25 September 2014
Saturday, 6 September 2014
Status Optimistik Kemain!
Awal pagi tadi saya up status dan gambaq kat facebook.
Camtu lah ayat saya pagi tadi tu. Kawan-kawan yang komen pun bukan main bersemangat lagi.
Tapi tak dak niat nak goreng pun lagi. Ingat kan nak goreng petang sebab rasa tak larat nak masak hari ni. Letih pi piknik kat Kijal, Terengganu kemarin. So dok rasa nak simpan dalam petiais dulu lah (walaupun status kat facebook bajet optimistik habih).
Sekali si Zoey mai dapoq. Dia tanya nak makan apa. Saya jawab ada scrambled egg. Dia tanya lagi "takmau buat yang tu ka?" sambil tunjuk kat buah cempedak tu.
Hmmm... saya tak mau la bagi dia tau saya malaih. So saya kata kat dia, minyak nak goreng tak cukup, sambil tunjuk botol minyak kat dia. Dia pun pi kat tangga dan jerit "PAPAAAAAAA... Mama kata dia tak boleh goreng cempedak sebab minyak tak cukup. Papa kena pi beli sekarang jugaaak!"
Adus! Ingatkan dia nak pi tengok tv dendiam kat depan. Dia punya bising satu taman boleh dengaq. Encik husband pun turun dengan wallet dia keluaq pi beli minyak. Hmmm so much for angan-angan nak relax pagi ni.
Goreng jugak la cempedak tu.
Ni lah rupa first batch tadi.
Sekali si Zoey makan seulas saja! Geram dak? Geram dak? Geramnyaaaa.....
Thursday, 4 September 2014
Seronoknya Rasa!
Hari ni rasa happy walaupun cerita file serabut kemarin masih belum diselesaikan sebab tuan punya bizi dengan quizzes untuk students dia.
Masa duduk di Jitra dulu Encik Husband buka cafe - PakMadCafe. Kami berniaga dari hujung tahun 2005 sampai lah awai tahun 2012 sebelum berpindah mai Pahang atas urusan kerja saya. Memang happy gila time tu. Letih tak terasa. Kalut cari barang, kalut masak, kalut buka kedai, kalut lagi bila staf tak mai kerja. Kalut tapi best.
Sejak pindah mai Pahang ni, kami agak down sebab rutin seharian yang membosankan. Tapi bab jalan-jalan makan angin dari Kelantan ke Johor tu memang paling best la sejak duduk sini. Pernah nak buka cafe di sini tapi kensel. Tak dak feel dan hal-hal lain. So, Encik Husband renovate rumah dan buat recording studio. Dia pun bizi lah dengan artis pertama dia - Kimie Kamarul.
Dua minggu lepas saya decided nak masak balik. Tapi secara kecil-kecilan saja kali ni sebab takut tak menang tangan pulak. Jadi saya masakkan sample Black Pepper Sauce PakMadCafe yang terkenal tu (cewah!) dan edarkan kat kawan-kawan di tempat kerja. Review sangat memberangsangkan. Last week depa dok start tanya dan last-last depa order lah. Jadi hari ni saya pun bawak pi ofis 6 tub ikut jumlah order. Petang ni dapat order 4 tub lagi untuk dibawak esok pulak.
Ya, saya rasa happy sebab dapat berniaga balik, albeit kecil-kecilan saja. Yang paling penting dapat masak balik, Dapat bizi-bizi di dapur. Hanya orang yang berniaga saja yang faham perasaan saya. Oh! Seronoknya rasa.

Ni lah rupanya. Satu tub ni boleh serve up to 10 people.
Makan la dengan chicken chop ka, lamb chop ka, fries ka, nugget ka or masak ayam dan buat kuah ka.
Macam-macam lah kalau pandai mereka-reka makanan.
Oh ya! Kalau simpan dalam freezer, tahan sampai 6 bulan! Saya dah try buat dah.
Ni gambaq cafe di Jitra dulu. La takdak dah. Dah juai habih sebelum pindah mai Pahang.
Saja bubuh gambaq ni sebab sangat nostalgia.
(p.s: konsep tu tak berapa kena sebab konsep sebenarnya musical cafe - pelanggan boleh main guitar la, ada live show oleh tokey sendiri la, hahaha... pekerja cafe buat show la dan lain-lain)
Ya, saya rasa happy sebab dapat berniaga balik, albeit kecil-kecilan saja. Yang paling penting dapat masak balik, Dapat bizi-bizi di dapur. Hanya orang yang berniaga saja yang faham perasaan saya. Oh! Seronoknya rasa.
Wednesday, 3 September 2014
Demam Audit
Hari ni terpaksa buat dua entries sebab topik ni sangatlah lawak. Dari minggu lepas lagi kami kalut laaaa nak ada audit dalaman sebelum audit SIRIM hujung tahun ni. Audit yang sepatutnya start kemarin di tunda ke hujung bulan ni sebab ada dua kumpulan staf yang keluar berkursus. Jadi mana-mana staf yang belum bersedia atau belum kemaskini boleh la guna peluang ni untuk buat persiapan last minit.
Ada la sorang adik ni mai kat saya taksat. Dia kata nak minta tolong check file dia sebab dia belum kemaskini. Lepas tu sebab saya selalu update semua kerja dan kebetulan saya antara Juruaudit Dalaman di sini.

"Buleh! Buleh! Tak pa haih. Mai la. Bawak la file mai check satu-satu dengan Kak Nana."
Dia pun balik cubicle dia nak ambik file dia. Saya pun bawak keluaq file saya nak dijadikan sebagai benchmark lah kunun.
Ni file saya.
Saya bubuh la file saya atas meja. Di depan saya ada lagi satu file sorang pensyarah baru - mentee saya - untuk saya check jugak. Dok kata nak check dua-dua sekali la, senang sikit. Kunun-kunun nak kill two birds with one stone lah. (Kak Nana depa kan buat kerja tertib dan kemaih!)
Dia pun mai la bawak file dia dan duduk depan saya. Tebai file dia saya tengok. Saya heran jugak la. Once dia bukak file dia, terkejut badak saya! Tak pernah saya tengok isi file sedemikian rupa.
Masa dia bukak file dia, dia dah tergelak guling-guling dah. Sebabnya mata saya memang terbeliak sebab terkejut!
Saya speechless. Tak tau nak kata apa. Ada sorang senior lecturer lalu, tertengok file dia, teruih terkeluag "Astaghfirullahalaziim! Ape kau buat ni Elsa?" Lagi-lagi tuan file tu gelak. Saya ternganga sebab masih tak tau nak kata apa kat dia. Tuan file dok pulun gelak lagi. Beberapa kali kak tu beristighfar. Baru saya boleh gelak.
Hadui! Tak pernah saya encounter rakan sekerja macam ni. Dia masih dok gelak lagi. Last-last saya pun tergelak. Saya check jugak file dia. Nuuu! Hat awal tahun 2013 nu pun dok ada lagi dalam file dia! Ni sikiiit lagi nak masuk tahun 2015 dah. Saya rasa kalau file dia ada laci, mungkin saya buleh jumpa mayat jugak.
So much for demam audit!
Tuesday, 2 September 2014
Bukan Tak Prihatin
Zaman la ni, ramai ibubapa yang ada anak-anak kecik yang sakit. Macam-macam penyakit Allah bagi kat anak-anak atas pelbagai sebab yang hanya Dia yang tahu. Ada yang mungkin sebagai kifarah atas kesalahan masa dulu-dulu, ada yang untuk menguji kesabaran, ada untuk melihat sejauh mana tahap usaha kita untuk memulihkan keadaan dan lain-lain. Bear in mind bahawa Allah tahu setiap tindakan yang kita akan ambil dan setiap keputusan yang kita akan buat.
Tahun pertama berkahwin, kami mendapat anak sulung. Selepas setahun lebih umurnya, dikejutkan dengan keputusan ujian sum-sum tulang bahawa dia mengidap leukaemia. Bermula dari saat itu, hospital adalah rumah kedua kami tiga beranak. Tak pernah menyangka kami akan termasuk dalam golongan ibubapa yang dikurniakan anak berpenyakit seserius ini.
Pelbagai usaha dilakukan selama beberapa tahun keluar masuk hospital. Takrif percutian kami masa itu ialah apabila doktor benarkan kami balik ke rumah untuk beberapa hari. Protokol kimoterapi diikuti dengan sangat taat. Si anak pula demam panas sepanjang tahun. Sawan pun beberapa kali. Dicucuk sana sini untuk diambil darah serta dimasukkan ubat - kedua tangan, kedua kaki, di kedua buku lali, di sendi-sendi di sepanjang tulang belakang. Beberapa kali mengalami keguguran rambut. Beberapa kali jugak kami ingat waktu itu yang terakhir kami dengan dia. Tapi sekali pun kami tak pernah menangis. Redha saja. Yang selalu menangis ialah arwah ayah mertua saya yang menjaga anak dari kecil. Mak dan ayah saya pulak sampai la ni akan masuk menyebelahi anak saya kalau saya marah dia.
Ya, anak saya survived. Umur dia sekarang 18 tahun. A bit slow in action and thinking but good with motor skills. Selalu saya melihat di status rakan-rakan di facebook tentang anak-anak mereka dengan pelbagai jenis penyakit. Ada juga yang menyarankan untuk share post status untuk kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit jugak seperti autism dan sindrom down sambil menyindir orang-orang yang tidak berbuat demikian sebagai tidak 'care'. Good for them for caring, though.
Amat jarang lah saya share status-status tersebut. Been there. Gone through that and more. Bukan tak prihatin. Cuma kami dah mangli.

Monday, 1 September 2014
Protes Generasi Z
Zaman kita dulu-dulu, mana kita berani protes kat mak pak kita kan? Nak mampuih dok buat pandai cakap kat depa. Jadi apa yang kita buat. Rasanya kita diam ja. Habih sangat pun, mungkin tarik muka patblas. (saya tak pasti pasai apa nombor patblas dipilih untuk describe tahap tarik muka).
Saya rasa anak-anak zaman la ni pun lebih kurang kita dulu jugak. Banyak yang diam dari dok buat pandai cakap. Kalau ada, mungkin sekali sekala ada keluaq jugak dari mulut depa. Ataupun mungkin sorang dua ja yang agak vocal yang balas balik apa yang kita kata. Selebihnya? Depa mungkin lepas geram kot fb ka, twitter ka dan lain-lain.
Saya pernah lalui pengalaman anak Generasi Z protes melalui alam maya. Kita letiaq punya letiaq punya letiaq, last last dia unfriend saya kat facebook. Ni protes la ni. Saya paksa dia send friend request balik la la tu jugak.
Hari ni pulak encik husband bagitau dia tengok anak hat kecik (Tahun Dua) dok tengok youtube video "How To Survive Your Parents". Hmmm... protes jugak kah?

Kanan: Nina yang unfriend saya kat facebook
Kiri: Zoey yang tengok video "How To Survive Your Parents"
Hangpa tengok depa macam tak caya ja kan? Percaya lah.
Subscribe to:
Posts (Atom)