Saturday, 30 August 2014

Filem Hindustan

Sejak dua menjak ni, anak saya minat sungguh tengok filem hindustan.  Saya memang jarang tengok tv.  Saya lebih kalut membaca dan mengadap gajet. 

Saya teringat zaman saya membesar dan bersekolah di awal tahun 80an.  Setiap hari Jumaat mak dan ayah akan tunggu depan tv untuk tengok cerita hindustan.  Masa tu mana ada TV3 apatah lagi ASTRO atau HYPP TV.  Yang ada hanya TV1 dan TV2 (dulu rasanya RTM1 dan RTM2 kot, kalau tak silap la).

Jadi setiap hari Jumaat (di Kedah cuti hujung minggu adalah pada Jumaat dan Sabtu sejak dulu-dulu lagi, tak perlu tukar pi mai pi mai macam negeri lain), mak akan mula masak awai dan masak yang sedap-sedap.  Ayah makan sebelum pi solat Jumaat dan bila balik dari solat Jumaat mak dah siapkan satu lagi juadah. Selalunya mi goreng, bihun goreng atau apa2 lah habuan nak makan depan tv sambil tengok cerita hindustan. Sebelum cerita hindustan start, saya dan kakak akan susun bantal depan tv sebab kami suka tengok sambil tidoq.  Saya pun ada sebab lain nak tengok sambil baring tu.

Cerita hindustan ni dari tahun 50an sampai lah la ni tak pernah berubah plot dia.  Bercinta bagai nak rak, cinta terhalang, darjat berlainan, dua kekasih sedih tahap teruk2, bergaduh dengan penjahat yang nak jugak kat heroin walaupun dia sedaq dia tak hensem, hero menang, makpak heroin insap.  Trajis gila plot dia. 

Tu pun saya pulun tunggu depan tv jugak.  Sebab nak keluaq main di luaq mana boleh.  Pukul tiga, pat petang, tak dak budak dok main di luaq.  Lagipun takut kat keling botoi sebab orang totua dok gempaq kata depa mai nak potong kepala budak-budak nak pi boh kat rel ketapi supaya rel ketapi tu kukuh (punya la tak mau budak-budak merayau, keling botoi dikambinghitamkan).  Part alasan nak bagi rel ketapi kukuh tu pun tak boleh dipercayai dah zaman la ni.

Director filem hindustan ni pandai sungguh buat scene sedih menjadi trajis dan sangat teruk keadaan kesedihan hero, heroin serta makpak hero/heroin yang super miskin tu.  Part sedih tu sampai hero yang ya amat macho pun menangis sampai merah mata.  Banyak sungguh bawang yang depa picit kat mata.  Patut la bombay onion tu sangat memedihkan mata. 

Saya yang dok tengok sambil baring tu pun punya sedih sampai keluaq ayaq hidung. Ni lah sebab utamanya saya suka tengok cerita hindustan sambil baring.  Sebab nak kena kaih ayaq mata dan ayaq hidung tu kat bantal.  Nak lap dengan tangan ofkos la malu kat kakak yang dok baring sebelah saya.  Benci betoi cerita hindustan.  Makanan yang  mak masak harus tak dimakan dah sebab macamana nak bangun dengan mata berayaq tu?

Pernah lepas kahwin, saya tengok CD cerita hindustan sorang-sorang dalam bilik waktu malam.  Encik husband keluaq.  Punya la sedih cerita Hum Dil De Chuke Sanam tu.  Tiba-tiba tengah dok sedih menangis sorang-sorang tu, encik husband balik.  Sungguh potong stim.  Dalam dok sedih tu saya marah dia pasai balik awai sangat malam tu. Kacau saya nak reyau.

Saya pun cuba mengembalikan nostalgia tengok cerita hindustan tu dengan anak-ana kemarink.  Saya buat kek coklat kat depa.  Malas la nak goreng bihun pulak.  Saya yang tengah diet ni pun pulun makan kek tu jugak.  Nasib baik cerita Mangal Pandey tu tak sedih sangat kecuali part dia kena hukum gantung tu.  OK, saya reyau jugak part tu.  Minggu depan tak mau tengok cerita hindustan dah.  Kalau tengok mesti reyau jugak. Vain!


Ni masa baru start.  Kek saja diletak sedemikian rupa sebab nak menunjuk kat rakan FB. :p


Saja nak menunjuk potongan yang besaq sikit.


 Tu lah Mangal Pandey tu - penggerak revolusi ke arah kemerdekaan India.
Selepas 90 tahun kematian dia baru lah India merdeka pada 15 Ogos 1947.
 
Habih saja Mangal Pandey tu, encik husband turun dan tanya ada makanan apa petang-petang ni?  Dia sahih dah tak makan kek manis-manis tu.  Cucoq jagung dan kuah kacang ekspress (kuah kacang buat sendiri you!) ni untuk dia. Saya pun makan jugak walaupun diet atas alasan nak teman suami makan.  Tak pa, kita cheat ja minggu ni.  Next week start balik diet.

Begitulah sejarah saya dan filem hindustan.  Sebab tu saya elak dari tengok filem hindustan.  Pengarah depa jahat sengaja nak bagi saya mengangis dan saya pun jadi lagi teruk kalau tengok.  Tunggu tahun depa pulak la baru tengok.


Thursday, 28 August 2014

Henbeg

Saya memang peminat henbeg (sila abaikan ejaan).  Tanya lah mana-mana orang pompuan, ada ka yang kata tak minat henbeg? Mengarut sungguh kalau ada yang kata tak minat henbeg.  Selain henbeg, ada yang minat baju dan kasut.  Ni pun kerjaminat (Pengarah lama saya suka guna perkataan kerjabuat) orang pompuan jugak lah ni.

Saya rasa jumlah henbeg saya tak la sampai beratus-ratus macam orang lain.  Hanya setakat seratus lebih sikit tu mungkin ada la.  Tapi banyak jugak yang dah rosak, yang buang, yang tak mau, yang lepas beli rasa tak elok, yang anak remaja saya ambik kat dia, yang simpan dalam tong dan cari tak jumpa, yang macam-macam lah alasan bila dah tak mau henbeg tu.

2 tahun lepas saya beli henbeg.  Lepas beli, sekali pun tak pernah guna.  2 minggu lepas saya guna henbeg tu bubuh buku dan nota kerja.  Kiranya jadi beg kerja lah pulak henbeg tu.

Lepas 2 hari bawa henbeg tu ada sorang adik kat ofis tanya, "kenape akak bawa beg besar nye?"


Besaq noooo henbeg ni?
Ni suruh depa ambik gambag pagi tadi sebelum ofis penuh.


Saya jawab kat dia, "kalau hang nak tau, masa aku beli henbeg ni (masa ni dia jerit kata, "hah?!!! henbeg?!!!" - nampak sangat tak seswai jadi henbeg), aku rasa macam Selena Gomez kalau aku bawa pi mai pi mai.  Rasa macam Selena Gomez baru keluaq kapai terbang.  Segak woo..."


Sama kan gaya kami?
(image ambik dari google)


Kih kih kih.  Adik tu pun tergelak sikit.  Mungkin dia rasa tak seswai pulak kalau nak pair dengan Justin Bieber.  Tak pa, kita ada Jai-stin Bieber kat rumah.

Yang penting kita akan terus membeli henbeg - pakai ka dak, belakang kira, kay.

Wednesday, 27 August 2014

Set Rambut

Dulu zaman kecik-kecik, rambut saya panjang. Saya simpan sampai lah umur saya 22 tahun. Masa kecik-kecik dulu mana laaaa reti nak sikat sendiri.  Jadi orang yang ditugaskan untuk sikat rambut panjang saya ialah Tokwan saya - saya dan adik-beradik lain panggil Pak (sebab depa bela kami masa kecik-kecik).  Sebab tu jugak la Maktok saya dipanggil Mak.

Anyway, setiap hari lepas mandi, saya akan pi kat Pak, bawa sikat dan duduk depan dia.  Maktok sibuk di tanah (luar rumah) dengan angsa dia.  Chik (adik Mak) pulak sibuk masak di dapur.  Dia pun sikat la dengan penuh kasih sayang - cucu bongsu kaaannn...

La ni saya la tukang sikat rambut anak bongsu saya - Zoey (bukan nama sebenar).  Macam-macam fesyen yang saya buat. Kilas kot tu. Kilas kot ni.  Dia suka la sangat.  Weekend baru ni saya buat dendan bertingkat-tingkat. Lepas tu ambik gambaq. Dia punya la suka.  Dia siap suruh saya buat tutorial kat youtube. Hui! Kembang tak terkata la ni!


Buat pun kalut-kalut sebab husband dok tunggu nak keluaq.  Ish! Kira hebat jugak la ni. Kalut pun jadi jugak ni.  Kagum sungguh dengan hasil kerastangan saya.


*Sampai hari ni saya masih kagum.  Hahaha...
*Al-fatihah untuk Pak, Mak dan Chik.



Merah

 (ambik dari google)

Merah yang saya maksudkan bukanlah warna merah macam di atas ni. Merah ni ialah gelaran untuk seorang penjual aiskrim masa saya kecik-kecik dulu - tahun 70an. 

Merah ni orang India.  Rasanya dia bukan India Muslim.  Nama betoi dia sapa pun tak tau.  Semua orang panggil dia Merah ja.  Merah ni kurus dan suka tersengih.  Kata lah apa pun kat dia, dia sengih ja.  Dia selalu pakai bandanna di kepala.  Tapi bukan bandanna pesyen zaman la ni.. Yang dia pakai tu cuma saputangan lelaki - saiz besaq - yang dia ikat di kepala.

Aiskrim yang dia jual cuma sekupang ja harga dia. Sangat murah tapi zaman dulu2 bukan senang nak dapat sekupang dari Maktok (saya duduk dengan Maktok sampai lah umur saya enam tahun).  Tapi sebab saya cucu bongsu, Maktok bagi la jugak sekupang tu.

Merah juga amalkan sistem barter.  Sapa-sapa yang ada botol atau kasut getah, boleh la tukar dengan aiskrim dia.  Jadi dia selalu bawa bekas aiskrim di satu tangan dan satu tangan lagi penuh dengan botol dan kasut yang diikat-ikat.  Dia jalan merata kampung.   Mungkin sebab tu jugak la dia kurus.

Aiskrim yang dia jual tu sama dengan aiskrim potong zaman la ni. Yang ada kacang merah tu.  Ada jugak aiskrim oren, jagung, sarsi dan yang warna putih yang saya rasa perisa susu lah kot.  Saya selalu ambik perisa sarsi.  Maktok akan ambik aiskrim bandung yang ada kacang merah tu.  Oh heaven sungguh bila dapat makan aiskrim tu! La ni bila makan aiskrim potong mesti teringat zaman kecik-kecik dulu.

(ambik dari google lagi!)

Macamana Merah sampai ke kampung-kampung kami tu saya tak tau.  Tak pernah teringat nak tanya pun dulu-dulu.  Mungkin naik bas dari pekan kot. 

Maktok cerita kepala Merah tu pernah kena katok dan berlubang, sebab tu dia pakai bandanna tu.  Hmm... rasanya dak kot.  Bila dah totua ni, rasanya tak lojik pulak orang yang kepala berlubang jalan pi mai pi mai merata tengah panas terik.  Jadi motip Maktok cerita tu saya pun tak tau.

Zaman la ni baru saya tau bukan aiskrim tapi sherbet nama yang betoi.  Ni pun pasai pernah kerja kat kitchen zaman dok universiti dulu la. Kena serve sherbet.  Tu yang tau tu.

Hmm... agak-agaknya berapa laaa umor Merah la ni?  Dia hidup lagi ka?  Dari mana asal dia?  Dia ni ada keluarga ka dak?  Semua soalan-soalan tu tak akan terjawab.  Saya masih lagi ingat macamana muka Merah tu.





Tuesday, 26 August 2014

Random Thoughts

Kali ni buat blog khas untuk bercerita ja.  Tengok lah cerita-cerita apa yang terlintas di kepala. Ada cerita zaman kecik-kecik, zaman muda rumaja, zaman lepas menikah kawin dan zaman hampir nak tua ni.  Ada jugak nak bercerita pasai keluarga, kawan-kawan dan alam sekitar. Cewah.  Mampuih kalau kawan-kawan yang baca ni.

Banyak cerita yang nak dijadikan kenangan sebab kalau nak suruh anak2 atau kawan2 tercangak depan kita, depa pun mungkin naik boring jugak.  Encik husband pun mungkin tunggu dengar sebab nak ambik hati ja.  Asyik-asyik nak cerita pasai kita ja.  So, sapa-sapa yang nak tercangak depan komputer baca blog pasai cerita orang, baca la no.

Kalau tak dak benda nak cerita, kita letiaq. Sebab ini kepakaran orang pompuan.  Letiaq guna bahasa dialek negeri sendiri yang paling kaw.  Yang paham, paham lah.  Yang tak paham, cuba lah paham.

Oh ya! Hangpa semua misti nak tau rupa saya macamana kan?  Saja tak mau boh lagi profile picture.  




Ni saya dengan tiga orang anak2 pompuan.  Yang lelaki tak dak dalam gambaq sebab gambaq ni ambik dalam bilik kak saya masa kami balik kampung qitu.  So, geng pompuan saja yang dok melepak di sini.

Okay, nanti esok2 saya mula cerita no.  Dulu-dulu dok cerita dalam fesbuk ja.  Tapi rasanya kawan-kawan dok tekan like pun pasai nak ambik hati kita ja. Hahaha... Sama la macam kita dok tekan like kat status depa. Ada hari tak mau like pun.  Tapi satgi depa kecik hati pulak pasai depa pulun update status depa la, boh gambaq-gambaq depa la. Bukan senang tuuu.  Nak pilih gambaq hat comey-comey, nak pikiaq cerita.  Hui! Mau makan sekerat hari tu.

Makanya kita pun sama la macam kawan-kawan kita.  Elok2 la sedaq sebelum dok koi syok sendiri (orang Pahang kata 'koi' tu saya).

Okay (dua kali okay dah). Bubye!

p/s: Tajuk langsung tak dak kena mengena dengan isi.  Vain!