Friday, 16 October 2015

KAIT NYOQ


Bulan lepas di sebuah resort di Cherating ternampak depa ni dok kait nyoq. Teruih teringat zaman kecik2 masa sekolah rendah di rumah Maktok.

Keliling rumah Maktok ada 4 pokok nyoq yang dia tanam di 4 penjuru tanah tapak rumah dia. Err... tak pasti la pulak dia atau Pak yang tanam sebenaqnya. Rasanya dah berpuluh tahun umoq pokok-pokok tu sebab masa saya sekolah rendah tu pokok-pokok tu dah tinggi melayut.

Antara aktiviti hujung minggu saya bila balik tidoq di rumah Maktok ialah kait nyoq. Guna galah panjang sebijik macam dalam gambaq tu. Tapi buat kerja sorang-sorang la. Mana ada geng pompuan hat kait nyoq. Depa kalut main masak-masak ja.

Tiap-tiap kali saya kait nyoq, Maktok mesti naik serabut pasai saya akan kait semua buah hat mana yang ada ataih pokok tu - kecik besaq tua muda dan putik. Hehehe...

Dia akan jerit dari tingkap "hai! Sudah! Sudah!"

Saya pun jawab "sat sat" sambil teruih kait. 

Dia hingaq ja. Dia tak tibai pun.

Lepaih kait, kutip buah2 tu hat mana larat angkut bawak naik rumah teruih pi ke dapoq. Hat kecik muda putik kita biaq bawah pokok. Hehehe... patut la Maktok jerit.

Dok di dapoq, saya ambik golok dan kupaih nyoq pulak. Di dapoq giliran Chik pulak jerit. Saya akan kupaih selagi saya larat. Ofkos la Chik jerit pasai saya kupaih dan belah nyoq semua. Busuk la kan?

Lepaih tu giliran kukoq nyoq pulak. Naik la kuda kukoq tu. Chik hingaq ja la. Dia tak tibai jugak pun. Oh! What a memory from years gone by.

Apakah memori anda di rumah Maktok anda? Mesti menarik, kan?

Al-fatihah kepada Pak, Maktok dan Chik.

No comments:

Post a Comment