Saturday, 24 October 2015

PANTAI PELINDUNG

One can never be bored here in Pahang!

This week's Friday kami tak pi masjid sebab nak kena hantar Asha ke bandar. Dia ada annual dinner sekolah dia - tema 'hitam. So dia pun pakai long skirt hitam serba sedondon tapi pakai doc mart's boots. Hentam saja la Asha! Lupa pulak nak snap gambaq dia. Kalut memanjang kami ni.

Lepas hantar Asha ke hotel, kami terus pi Pantai Pelindung. Tera nak sampai, sempat jugak mengamuk dua tiga daih dalam keta pasai Papa suka bagi sesat. Pastu bila sesat dia marah kita pulak! Tapi gaduh2 pun, worth it la pi Pantai Pelindung tu. Hehehe...

Tugas hakiki Zoey. Posing dulu.

Kami pi makan kat situ. Best laaaa sebab betoi2 tepi pantai. Makanan pun sedap. Sambil makan sambil dengaq bunyi ombak. Oh! Heaven!

Kami pi empat beranak saja.

Tareeq tak balik lagi dari kolej. Lewat malam baru dia sampai.

Nina seperti biasa berkepit dengan novel.

Mi celup sedap.
Koay teow kungfu sedap.
Bihun ladna sedap.
Keropok lekor pun sedap.
Lupa nak snap gambaq sebab lapaq sangat. 

Baru pukul 9 lebih Zoey dah ngamuk2 ngantuk. Tak sempat nak enjoy lama2. Last2 kami pun naik keta dan pi tunggu Asha kat depan hotel tu. 

Lama jugak la tunggu. Dekat pukul 11 baru dia keluaq dgn kawan2 dia. Pun lupa nak snap gambaq jugak!!! 

Hmmm... rasa macam nak buat red velvet cake lah weekend ni.

Friday, 16 October 2015

KAIT NYOQ


Bulan lepas di sebuah resort di Cherating ternampak depa ni dok kait nyoq. Teruih teringat zaman kecik2 masa sekolah rendah di rumah Maktok.

Keliling rumah Maktok ada 4 pokok nyoq yang dia tanam di 4 penjuru tanah tapak rumah dia. Err... tak pasti la pulak dia atau Pak yang tanam sebenaqnya. Rasanya dah berpuluh tahun umoq pokok-pokok tu sebab masa saya sekolah rendah tu pokok-pokok tu dah tinggi melayut.

Antara aktiviti hujung minggu saya bila balik tidoq di rumah Maktok ialah kait nyoq. Guna galah panjang sebijik macam dalam gambaq tu. Tapi buat kerja sorang-sorang la. Mana ada geng pompuan hat kait nyoq. Depa kalut main masak-masak ja.

Tiap-tiap kali saya kait nyoq, Maktok mesti naik serabut pasai saya akan kait semua buah hat mana yang ada ataih pokok tu - kecik besaq tua muda dan putik. Hehehe...

Dia akan jerit dari tingkap "hai! Sudah! Sudah!"

Saya pun jawab "sat sat" sambil teruih kait. 

Dia hingaq ja. Dia tak tibai pun.

Lepaih kait, kutip buah2 tu hat mana larat angkut bawak naik rumah teruih pi ke dapoq. Hat kecik muda putik kita biaq bawah pokok. Hehehe... patut la Maktok jerit.

Dok di dapoq, saya ambik golok dan kupaih nyoq pulak. Di dapoq giliran Chik pulak jerit. Saya akan kupaih selagi saya larat. Ofkos la Chik jerit pasai saya kupaih dan belah nyoq semua. Busuk la kan?

Lepaih tu giliran kukoq nyoq pulak. Naik la kuda kukoq tu. Chik hingaq ja la. Dia tak tibai jugak pun. Oh! What a memory from years gone by.

Apakah memori anda di rumah Maktok anda? Mesti menarik, kan?

Al-fatihah kepada Pak, Maktok dan Chik.