Wednesday, 8 April 2015

Mi Goreng Zaman Tadika

Zaman kecik2 dulu saya tumpang bertadika di sekolah ayah. So duduk dan belajaq sekali dengan budak darjah 1 sekolah tu. Jadi saya bergaul dalam kelas dan waktu rehat dengan depa.

Jumaat lepas masa kat masjid dan lepas solat isyak ada majlis doa selamat untuk satu keluarga. Tak pasti untuk apa sebab tok imam tak announce sebab. Dia cuma pesan lepas solat jangan balik dulu sebab ada majlis doa selamat.

Lepas majlis, semua jemaah dihadiahkan sebungkus mi goreng setiap sorang. Bau mi goreng tu terus membawa saya balik ke zaman tadika saya dulu. Bila saya balik rumah dan buka pack mi tu,  Ya Allah! Sebijik! Nostalgia sungguh haih!

Saya makan jugak dalam dua tiga camca. Takleh makan banyak2 satgi sakit urat merata.

Ni lah rupa mi tu dalam jarak dekat.

Hmmmm... nampak macam lebih la dari dua tiga camca yang saya makan.

No comments:

Post a Comment