Sunday, 19 April 2015

Girls Day Out

Yang best ada anak pompuan ramai ni time kami ja outing. Kebetulan Papa bizi tak habih lagi mixing lagu dan artis pun kaluuuut nak mai buat recording, maka kami pun had fun lah. Tapi asyik teringat jugak kat Papa.

Pagi Sabtu kami kalut pi sekolah Asha. Ada Hari Anugerah Cemerlang. Alhamdulillah Asha pelajar terbaik tingkatan 2 tahun lepas. Nina pulak pelajar terbaik PT3 tahun lepas.

 Asha dok tahan nak senyum


 Nina embraced the glory. Hahaha...


Budak ni super miserable & restless sebab tak boleh buaih. Kesian dia.


 After zohor, kami berempat keluaq. Round2 mall terjumpa mexican cafe. Hmm... asyik dok masak sendiri ja kalau teringin nak makan taco la, fajita la, burrito la, maka kami masuk sini. Oh! Berjanggut jugak tunggu. Food tu so-so ja. Boleh laaa...


 Berlakon kunun-kunun moody.

Sempat shopping luggage sebab next 2 weeks nak kena pi marking soalan exam. Tak larat la nak rembiang beg besaq. Rebeh bahu kot.

Happy bila buleh keluaq have fun dgn girls. Tambah pulak baru dapat balik duit lebihan bayaq income tax. Woohoo...

Kali ni tak shopping baju walaupun si Zoey bagi macam-macam sebab dia perlukan baju baru. Hmmm... Last week dah shopping kain untuk baju raya. Dah hantaq dah kat tailor. Papa pun nak jugak baju raya. Tak pi cari lagi kain kat dia dgn Tareeq. Yang penting baju geng pompuan dah settled. :)

 Since masih dalam mode atkins, maka dinner makan macam ni ja la. Rupanya sedap jugak. Main campak-campak ja.


Hari ni (Ahad) buat churros untuk minum petang. Buat sendiri ja. Di Kontan ni mana laaaa ada kedai juai. Habih makan ni Papa merap nak kerpok lekor. Hahaha... perut melayu.



Thursday, 16 April 2015

Not Study Week

Minggu ni kami pakat-pakat nganga kat cubicle. Setiap semester bila study week, unit English memang tak laku. Depa lebih suka pi cari cikgu cikgi subjek teras.

Daripada dok nganga saja kami pun buat la potluck kemarin. Ad hoc ja. Jadi tak semua bawa makanan tapi cukup untuk semua yang ada.

 Walaupun ni saya, gambaq ni di ambil oleh Elsa.


Kikiki... Mek Za memang trademark dia buat muka camtu. Yang lain dok pulun tak sedaq habaq.


Sehari sebelum tu ada sorang ja student mai jumpa. Tu pun pasai nak ambik gambaq sebab nak mengusik dan menunjuk kat kawan-kawan. Cikgu pun memberi sepenuh kerjasama.

Yang lawaknya, malam tu ada pulak student kelas lain hantar screenshot gambaq tu. Hamboih! Jeles la pulak dia.


Todia! Hua hua hua. Nasib baik cikgu dia pandai ubah topik.

Study week memang minggu rehat. Harap-harap students pun tak rehat jugak. Last call dah ni.


 Soalan exam pun dah sampai.


Diiringi polis KL dan Pahang. Ni gara-gara kes soalan UPSR bocor last year la ni. Hmmm....

Yang paling best saya tak payah jaga exam kali ni pasai ada penyakit orang totua. Hmmm... tua dah!




Sunday, 12 April 2015

Exhausted

Letih! Super letih! Weekend tanpa rehat. Sabtu ada kursus. Konon nak jadi juruacara majlis lah. Rasanya lebih kepada nak cukupkan jumlah hari berkursus. Tapi kursus protokol dalam pengacaraan tu agak menarik. Sora pun agak sedap jugak. Acewah!

Petang pulak kalut pi cari kain untuk buat baju raya. Cemuih la beli baju yang dah siap. Last last dapat jugak la sorang 2 pasang untuk kami geng pompuan. Geng lelaki kena tunggu dan lihat dulu.

Pagi Ahad lepas breakfast kalut pi hantaq kain-kain tu kat tailor. Dia pun terkejut pasai awai sangat. Biaq lah. Janji tak kalut. Lepas tu pi kedai beli barang nak masak. Balik rumah teruih masak lauk tengahari.

Lepas lunch start buat kek. Students order. Yang letih sangat part yang ni la. Kena buat 5 biji kek. Pukul 9 malam baru settled semuanya.

Reason saya nak buat kek ialah kek yang di juai di kedai roti kat kampus sangat lah kering dan stale (students la komplen). So saya iklankan kek 'fresh and moist'. Hihihi... menjadi nampaknya.

Dah 2 minggu lah ni dok buat kek. Hari ni paling maksimum. So sebelum tidoq kita cerita dulu pasai kek ni. Good night!

Friday, 10 April 2015

Hari Terakhir Semester Ni

Hari ni last day kelas untuk semester ni. Sejak hari Rabu (ada yang last class depa hari ni), pulun sungguh students ambik gambaq. Ok, i'll miss them for sure.

 Ni kelas 2M1S13. Kelas paling nakai. Memanjang buat-buat tanya soalan pasai life in general and i ended up menyembang sakan dengan depa. Cerita macam-macam.c


 Ni kelas 5M1S36. Kelas paling skema. Tak pernah ada student ponteng langsung dari kelas ni.


 Ni pulak kelas 2M2S14. Kelas yang paling kerap pelajar ponteng dengan beberapa wakil dari pelajar lelaki yang kerap kena prosiding disiplin sebab kes ponteng. Melayang la duit depa between rm150-rm250. Depa kaya!


Ni last kelas hari ni - 1A02. Kelas yang paling confuse dan kurang memahami. Hahaha.... Ramai pelajar baik-baik dalam kelas ni sebab depa kurang memahami.

Will definitely miss them, regardless of which class they're from. Each is unique in their own way.


Weird Day

Kemarin ada order 2 biji kek untuk hari ni. So malam tadi kalut la nak buat kek. Sambil-sambil tu ada order baked macaroni jugak.

Masa nak pukul teloq tu, pecah la teloq tu kan. Tengok-tengok 3 dari 6 bijik tu ada teloq kuning yang berkembar. Wow! Tak pernah jadi langsung kat saya sebelum ni.

 Sebijik yang berkembaq dalam bekas ni.


 Dua bijik berkembaq dalam bekas lagi satu ni.

Zoey kata "wow! Mama sangat bertuah!"
Nina kata "you know ma, if you let them hatch, you'll get handicapped chicks"
😐 Potong sungguh Nina nih.


Ni pulak baked macaroni-in-a-cup. :)


Wednesday, 8 April 2015

Mi Goreng Zaman Tadika

Zaman kecik2 dulu saya tumpang bertadika di sekolah ayah. So duduk dan belajaq sekali dengan budak darjah 1 sekolah tu. Jadi saya bergaul dalam kelas dan waktu rehat dengan depa.

Jumaat lepas masa kat masjid dan lepas solat isyak ada majlis doa selamat untuk satu keluarga. Tak pasti untuk apa sebab tok imam tak announce sebab. Dia cuma pesan lepas solat jangan balik dulu sebab ada majlis doa selamat.

Lepas majlis, semua jemaah dihadiahkan sebungkus mi goreng setiap sorang. Bau mi goreng tu terus membawa saya balik ke zaman tadika saya dulu. Bila saya balik rumah dan buka pack mi tu,  Ya Allah! Sebijik! Nostalgia sungguh haih!

Saya makan jugak dalam dua tiga camca. Takleh makan banyak2 satgi sakit urat merata.

Ni lah rupa mi tu dalam jarak dekat.

Hmmmm... nampak macam lebih la dari dua tiga camca yang saya makan.

Monday, 6 April 2015

Being Fabulous

Came across this entry in a facebook page today and they remind me very much of Zoey.

Cool kan?

Zoey memang suka pakai baju ala-ala ropol2 dan princess. Wajib pakai skirt atau baju kurung dan seluar panjang tu bukan epitome seorang princess. Tak timbul perasaan malu langsung kalau berpeluang pakai ala2 princess.

Pakai veil okay masa masuk pertandingan mewarna.


Perlu konfidens tahap tinggi in public. Mama dia pun tak tercapai confidence level cenggini.

Bagus jugak tanamkan keyakinan diri yang tinggi zaman2 la ni. Kalau tidak harus ketinggalan ke belakang.

Sunday, 5 April 2015

A Musician's Wedding

OK, saja boh tajuk omputih hari ni. So itulah dia, hari ni kami pi kenduri seorang musician terkenal di Kuantan ni - Aduka.  Wow! Nama yang klasik. Percayalah, ni memang nama betoi dia.

So anyway, saya memang expect satu benda kalau kenduri kawin musician.  Dan telahan saya memang tepat sekali.  Sampai saja di sana, dengaq la lagu-lagu berkumandang dengan penuh meriah.  Saya dah tersenyum-senyum sambil jalan ke arah rumah kenduri.

Wajib kenduri kawin musician ada live band. Hahaha... Sebabnya kenduri saya dan suami dulu pun ada live band jugak.  Kenduri abang ipar kawin pun ada live band jugak. Pengantin siap jam sekali. Kelas ko!


Inilah dia Aduka dan isteri. Siap pegang keris lagi ko! Sweet gila!


Ni lah dia live band tadi.  Meriah haih!


Tumpang sekaki kay. Ni malam kenduri saya dan suami. Ni abang ipar saya, Mus Satira. Dok cari gambar suami main guitar malam tu tak jumpa pulak. Ada hat ni ja.


Meriah weh! Ni kalau tak silap kugiran TNB Jitra.

Sampai lewat malam la ada live band. Tetamu pakat balik habih dah. Kami pun dah letih. Para penyanyi (ramai kay) masih excited.

Hmmm... teringat pulak malam tu saya dan suami drive keta masing-masing pi dewan kenduri tu. Pasainya saya bersiap lambat - pengantin kaaaannnnn... Sampai di Dewan Jitra, orang terkejut pengantin drove keta sendiri sorang satu. Okay apa?

Motip entry? Kenduri musician harus ada live band. Kelas ko! Ko ader?