Pak 'Ey diberi gelaran Plasta pasai dia suka plasta segala benda. Semua perkakas yang rosak dalam dan luar bas dia kan bubuh selotep - termasuk lah lampu, nombor plet, kusyen terkoyak, handle gear, cermin bas dan lain-lain. Yang dia tak plasta cuma tayar dan enjin.
Pak 'Ey ni seorang yang cakap banyak. Bila masuk ofis, ada saja yang dia cerita, komen, komplen sampai kadang-kadang kami rasa nak plasta mulut dia jugak.
Tapi selain dari tu, dia seorang yang baik hati. Banyak jugak la yang dia tolong syarikat save duit dengan tindakan dia memelasta segala benda tu. Dia jugak rajin cari pomen-pomen yang boleh bagi harga yang paling rendah walaupun syarikat dah ada pomen-pomen tersendiri dengan kemudahan kredit up to 3 months.
Apa habag laaa Pak 'Ey la ni? Saya tinggalkan syarikat tahun 2002. mungkin depa pun dah semakin tua jugak. Teringat jugak kat bini Pak 'Ey. Orang Kelantan yang sangat lembah lembut bila bercakap.
Saya tutup entry kali ni dengan gambaq-gambar bisnes makanan yang saya baru start 2 minggu lepaih.
Lasagna.
Yang sebelah kanan tu untuk customers yang tak lalu makan cheese. So, cover dengan pie crust lah kat depa. Business is good! Syok pulak. Dah lama tak kalut main masak-masak sejak tak buka cafe dah ni.
Apple pie.
Hat ni pun permintaan memberangsangkan macam lasagna jugak.
Lepaih ni lengan gerenti tough macam Serena dan Venus William. Mana tak nya, dok uli pie dough sampai berapa adunan setiap kali buat. Lenguh la jugak. Sampai demam pun ada jugak. Tapi syok.
Ni kalau nak order buleh la. Tapi area Kuantan ja dan kena mai ambik sendiri. Kalau nak hantaq, confirm saya tak sempat.