Wednesday, 24 June 2020

HOT POT DENGAN NINA

Kalau dengan Nina ni, semuanya on, terutamanya bab makan-makan. One day kami decided nak pi kedai baru nama Hot Pot. Rupanya ala-ala steamboat.

Hari tu Nina teman saya pi kerja. So, masa balik kami lajak ke kedai ni untuk dinner.

 Kami pilih set yang kecik saja. Rupa-rupanya boleh share. Tak perlu pilih 1 set untuk seorang. Tapi kami tak tambah set pun sebab saya tak makan banyak sangat untuk dinner.


 Kedai ni bersih dan teratur.


 Nina memang happy kalau depan rezeki.


 Lepas tu depa mai bagi nasi dan telur sebiji.

Nasi Goreng Cina tu disediakan percuma oleh pemilik kedai. Boleh tambah banyak mana dan berapa kali nak tambah. Free jugak. Penat jugak la makan. Tak habih pun. Yang tak habis dimakan (tak dimasukkan ke dalam kuah tu) kami pulangkan kepada pekedai.

Verdict: OK 👍

Ni cerita Julai 2019. Sampai hari ni belum bawa depa lain pi. dah setahun dah. Rasanya kedai tu ada lagi kat Taman Tas tu. Lupa pulak harga set tu sebab dah setahun dah. Tapi affordable la.

Monday, 16 March 2020

ASSEMBLY OF MUSICIANS

Tajuk macam gah. 😝😝😝

Anyway, ni cerita tahun lepas rasanya (2019). Kami balik bercuti di Jitra. Rumah pun kosong. Dah 8 tahun tak menetap di sana. Balik untuk tidoq saja - ada la katil2 dalam setiap bilik.

Ni lah 2 orang sahabat encik husband yang dia wajib jumpa bila balik Jitra. Selalunya depa akan pi jamming lah. Tak tau sebab apa, kali ni depa jamming di rumah. Bising la jugak malam tu.

 Ini George Chong. Hebat dalam lagu-lagu Blues.

 Di kanan ni Din. Bassist depa.

Bergambar bersama sebagai kenangan.