Wednesday, 24 June 2020

HOT POT DENGAN NINA

Kalau dengan Nina ni, semuanya on, terutamanya bab makan-makan. One day kami decided nak pi kedai baru nama Hot Pot. Rupanya ala-ala steamboat.

Hari tu Nina teman saya pi kerja. So, masa balik kami lajak ke kedai ni untuk dinner.

 Kami pilih set yang kecik saja. Rupa-rupanya boleh share. Tak perlu pilih 1 set untuk seorang. Tapi kami tak tambah set pun sebab saya tak makan banyak sangat untuk dinner.


 Kedai ni bersih dan teratur.


 Nina memang happy kalau depan rezeki.


 Lepas tu depa mai bagi nasi dan telur sebiji.

Nasi Goreng Cina tu disediakan percuma oleh pemilik kedai. Boleh tambah banyak mana dan berapa kali nak tambah. Free jugak. Penat jugak la makan. Tak habih pun. Yang tak habis dimakan (tak dimasukkan ke dalam kuah tu) kami pulangkan kepada pekedai.

Verdict: OK 👍

Ni cerita Julai 2019. Sampai hari ni belum bawa depa lain pi. dah setahun dah. Rasanya kedai tu ada lagi kat Taman Tas tu. Lupa pulak harga set tu sebab dah setahun dah. Tapi affordable la.

Monday, 16 March 2020

ASSEMBLY OF MUSICIANS

Tajuk macam gah. 😝😝😝

Anyway, ni cerita tahun lepas rasanya (2019). Kami balik bercuti di Jitra. Rumah pun kosong. Dah 8 tahun tak menetap di sana. Balik untuk tidoq saja - ada la katil2 dalam setiap bilik.

Ni lah 2 orang sahabat encik husband yang dia wajib jumpa bila balik Jitra. Selalunya depa akan pi jamming lah. Tak tau sebab apa, kali ni depa jamming di rumah. Bising la jugak malam tu.

 Ini George Chong. Hebat dalam lagu-lagu Blues.

 Di kanan ni Din. Bassist depa.

Bergambar bersama sebagai kenangan.

Monday, 8 April 2019

MENONTON KONSERT PHILHARMONIC

Since duduk di sini kami tak ada adik-beradik lain, makanya kami cuba penuhi hari-hari terutamanya hari cuti dengan macam-macam aktiviti yang tak membosankan yang kami boleh enjoy sebagai satu family.

So, ni cerita Julai 2018. Kami beli tiket dari cikgu piano Zoey (Ms Christine main violin dalam konsert ni) untuk ke konsert philharmonic orchestra dari KL anjuran bersama KIWANIS Kuantan. Rasa-rasa macam beli 5 tiket, rupan-rupanya 4 saja. So, Tareeq terpaksa tak ikut.

Konsert ni di dewan RTM, Kuantan. Rupanya dekat saja dengan rumah kami. Kalau tak kerana konsert ni, tak tau pun dewan dan RTM kat mana.

Ramai jugak la yang pi. Susah nak parking.

 Excited dah bila tengok semua musicians tunggu kat belakang pentas tu. Kalau kami pun excited, apatah lagi depa.

 Lama jugak tunggu. So banyak jugak lah kami selfie. Tapi since semua selfie muka kami ja, 1 picture would suffice. Haha... 

Musicians campur-campur dari KL dan Kuantan. Fair lah kiranya, hangpa nak mai tempat kami, kena lah bagi orang kami share stage jugak. Gituuu...

 Ada a few sessions. Ni lepas each session lah.  

Session 1 conductor dari KL. Session 2 conductor dr Kuantan. Session 3 persembahan anak-anak KIWANIS Kuantan. Session 4 back to conductor dari KL.

 Anak-anak KIWANIS sedang beraksi.

Enjoy ya!

Yup! Kami memang enjoyed ourselves. Harapnya ada lagi lah show macam ni tahun ni.

GENG LAMA

Dok kata nak update, dok kata ja la. Hari ni agak lapang dalam 10 minit sebab dok tunggu masa nak ke dewan exam. Belek-belek gambaq-gambaq dalam external disk. Terjumpa gambaq geng ni.

Depa dua antara sahabat setia encik husband. Kerap bertanya khabar dan nak tau bila kami nak balik kampung sebab itulah masa yang depa ada untuk pi jamming. Kadang-kadang kami balik, tak jumpa jugak sebab George selalu pi Australia atau Singapore kat anak-anak dia.

George sebagai penyanyi utama dan rhythm guitar, Din main bass dan encik husband lead guitar.

 Duduk: George dan Din
Depa dua cakap macam ayam dan itik. George cakap English, Din cakap Kedah. Tapi bila main muzik, semua harmonized.

 Uncle George sedang memberikan arahan kepada Zoey kat mana dia patut duduk.

Sesekali balik Kedah, depa la yang rajin melayan encik husband (kami tumpang menyebok ja)

Next week nak balik sana, tak tau lah boleh jumpa ka dak. Yang pasti saya dah set date dengan kawan-kawan saya dah.

Thursday, 14 June 2018

PENYAMBUT TETAMU

Dah lama tak update blog. Kalut, malas, semuanya ada.

Raya kali ni kami balik Kedah lambat sebab saya start cuti lambat. Bertolak balik 11 malam. Sepanjang jalan saya lena tak sedaq habaq. Cukup pukul 4 saya terjaga dengan mata cerah. Ikut habit bulan posa lah ni.

Sampai rumah pukul 11 pagi. Ni kira cepat gak la ni - 12 jam perjalanan. Sampai rumah, kalut angkut barang2 (beg2 baju dan kuih raya lah) masuk ke rumah.

Naik atas nak rehat. Tiba2 anak bongsu mai bagitau ada ular dalam rumah, well, dalam bilik bawah! Halemaaaakkk.... letih tak reda lagi. Kena urus ular pulak. Saya turun ke bawah. Encik husband terhendap2. Saya pun terhendap2 jugak.

Tak ada kayu nak katok ular tu. Hmm... saya nak panggil bomba. Encik husband tak bagi sebab ular tak la besar sangat. So, saya suruh dia uruskan sendirilah kalau tak mau panggil bomba. Saya nak naik tidoq. Masa tu lah dia suruh saya call bomba. Hmmm....

Sementara tunggu bomba sampai, encik husband naik ke bilik. Sepanjang masa bomba di rumah, dia langsung tak keluar bilik. Senang ja bomba tangkap. Guna tangan. Tak guna kayu penyepit ular tu pun.

Petang pulak kami pi berbuka di rumah mak. Baru lah dia cerita kat abang saya. Dia lari naik atas sebab ular kecik. Malu kalau bomba gelak kat dia. Patut laaa... yang geng bomba pulak layan saya seolah2 saya ni ibu tunggal dengan anak2 perempuan! 😄😄😄

Ular sawa burung.
Nasib baik bilik agak kosong.

Bomba kata tak bahaya. Dia cuma makan cicak. Ish! Main dengan tak kenai ular ni, semua ular bahaya bagi saya.


Sempat jugak la snap gambaq trak bomba
Hihihi...


Haih! Raya! Raya!


Thursday, 11 August 2016

Resepi Mak Sebagai Penyelamat

Baru-baru ni masa dok cari resepi Beef Chillies, terjumpa resepi tulisan tangan mak dalam buku resepi masa saya di US dulu.

 Haaaa... tudia!

Dulu zaman sekolah menengah memang saya pelajar jurusan Sains Rumah Tangga dari Tingkatan 1 sampai 3. Tapi truth be told, tak reti masak langsung.

Bila saya masuk PPP/ITM (now INTEC), saya hanya reti masak sup ayam dan ayam masak merah saja. Nasib baik roommates ok dan since masak ikut giliran, depa tak la jemu makan sup ayam dan ayam masak merah.

Bila sampai masa nak fly ke US, mak pun bagi bekal resepi. Banyak jugak la. So boleh la tahan dan survive masa di sana.

Sambil-sambil tu baru lah belajaq masak termasuk masakan-masakan di sana. So, la ni after balik Malaysia dah twenty-odd years, memang dah cekap la masak.

Ada jugak yang saya buat jual 😃😃😃

Lasagna for sale. 

Saya tak la serious sangat meniaga makanan.. Saja syok-syok. Kalau masak untuk anak-anak dan ada lebih, barulah saya offer kat buyers.

Walaupun dah berniaga makanan, masakan mak jugak yang paling sedap!

Wednesday, 10 August 2016

Dental Hygiene Is VERY Important!

Yesterday i had to endure 5 hours of meeting sitting next to a person with a foul-smelling mouth! It was the most horrific meeting experience i've ever had.

I'm not condemning the person here but we all must be aware of at least our appearance especially in a new environment because the first impression does make the difference.

I'm pretty sure she (ya, SHE!) takes good care of her appearance because she dressed well yesterday. She must have a problem with the gums or teeth.

When you work in an office:
● Floss your teeth always
● Brush tour teeth (and tongue) after lunch
● Suck on breath mints before meeting people
● Always check the smell of your breath - exhale into your hands and smell your breath
● Visit the dentist and have those cavities filled, if you have any
● Gargle with oral antiseptic solution

These are some of the things that i can advise you (and remind myself!). I was literally gagging the whole 5 hours.

I tried looking the other way but she kept trying to say something to me and i had to turn and face her.

I had to cup my chin and use my fingers to cover my nose as if i was bored with the meeting.

I had to appear as if i was thinking half of the time by putting my thumb on the side of my chin and use my index finger to cover my nostrils.

I didn't enjoy the meeting yesterday as i always did. I didn't know what's going on. I couldn't watch and enjoy people's antics during the meeting. It was pretty awful!

I am not one to criticise God's creation but being hygienic is OUR responsibility to take good care of what God has given us.

Urgh!

Keep and use them in the office!